Pelakon dan penyanyi remaja, Shalma Eliana, 21 tahun, merupakan bekas kekasih kepada penyanyi terkenal Ismail Ezzani.
Setelah berpisah, Shalma Eliana aku memang ramai jejaka yang mahu mengenali dirinya dan cuba dekati dirinya.
Namun begitu, Shalma Eliana yang mesra disapa Yana berkata, buat masa sekarang dia tak mahu lagi memikirkan tentang hal berkenaan.
Kini adik kepada Shalma Ainaa ni mahu fokus pada diri sendiri terutama dalam bidang kerjayanya yang sedang berkembang maju.
“Secara jujurnya, ada saja yang mesej (direct message) dan mereka menyatakan hasrat nak berkenalan dengan saya. Tipulah kalau saya kata tak ada. Ada yang cuba nak berinteraksi dengan saya untuk kawan. Namun saya anggap ia sebagai hubungan biasa saja. Saya cakap nak kawan saja dulu. Saya bahagia dan gembira secara single. Kini lebih nak fokus dir sendiri dan kerja.”
Dalam pada itu Shalma Eliana turut mendedahkan bahawa dia ada meminta maaf kepada penyanyi Bunga yang dikatakan menjadi punca perpisahan dengan Ismail Ezzani. Kata Shalma Eliana, Bunga bukanlah individu yang menjadi punca perpisahan mereka berdua.
“Bunga tak ada kena mengena dengan punca saya break dengan Mael. Saya pun ada mesej kepada Bunga untuk minta maaf. Tak tahu macam mana dakwaan tu boleh terjadi. Bunga seorang yang baik.”
Tentang bekas keasihnya, Ismail Ezzani, Shalma Eliana berkata dia dah tak rapat dengannya. Namun dia tak ada pun memendam rasa atau ada isu dengan Ismail Ezzani. Kita mereka membawa haluan masing-masing.
Tentang kerjaya nya, Shalma Eliana telah melancarkan sebuah lagu beru berjudul Your Loss. Namun Shalma Eliana nafi bahawa ianya ada kaitan dengan perpisahannya dengan Ismail Ezzani. Jika kalian mahu dengar lagu ini, bolehlah singgah ke laman Youtube Universal Music Malaysia.