“Hidup biar beradab.. Nampak tak cara awak macam mana” Baby Shima ditengking

23,732 views

Penyanyi Baby Shima meluahkan dirinya melalui satu detik yang kurang disenangi di satu program nyanyian baru-baru ini.

Kejadian berlaku ketika program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Kangar, Perlis.

Dari apa yang dilauhkan penyanyi berumur 29 tahun ini, ada seorang individu yang in charge di program itu mempunyai cara layanan yang kurang baik kepada dirinya.

Antaranya, Baby Shima mengatakan dirinya telah ditengking selain mempunyai aksi lagak yang kurang beradab.

Baby Shima kemudian telah upload gambar individu berkenaan dan menceritakan apa yang terjadi kepadanya. Ini luahan hati dari penyanyi ini.

“Kepada abang baju putih yang memakai kaca mata dalam gambar ini, saya hadir di event Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ni, untuk kerja, ada buat persembahan, jadi, sepatutnya saya kenalah bersiap sedia di booth Kementerian Wilayah Persekutuan.”

“Booth tu kat belakang stage, saya kena pergi lebih awal. Hidup tu biarlah kena ada adabnya. Kalau Shima, jika orang tu baik, Shima akan hormati. Tetapi jika seseorang tu nak cari pasal buat hal, Shima ni jenis yang tak duk diam saja.”

“Sebenarnya bukan Shima saja yang terkena. Dan kerana awak ni, kerja orang lain pun dah tergendala, dan memang banyak yang jadi saksi.”

Dari komen Baby Shima, individu tu menolak pintu dengan cara seakan tak berpuashati dan berlagak.

“Awak tolak pintu tu tadi dengan cara yang agakkasar dan kemudian ada tengking Shima. Nampak tak cara awak tu macam mana. Dah cakap dengan cara baik untuk masuk tapi dia pula tunjuk lagak.”

“Saya ni bukannya nak diminta layanan macam VIP, tetapi kena faham, saya datang sini nak buat kerja saya. Saya bukannya nak kurangajar dengan abang ni.”

Ini posting penuh dari penyanyi ini.

Dari post itu, Baby Shima turut menggunakan hashtag gilakuasa.

Melihat komen orang lain, ada juga orang luar yang terkena dengan sikap individu ini. Ada juga orang lain yang kena sound dengan individu yang sama ini.