“Penyanyi tu tak terlibat untuk proses dan pengedaran..” ~Ini kenyataan terkini

5,209 views

Ini perkembangan terkini berkaitan berita yang mana penyanyi nasyid dan kompser berumur 47 tahun ditahan reman pihak berkuasa kerana adanya pokok jenisganja.

Dari kenyataan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, sehingga kini, polis mendapati bahawa pokok yang dijumpai itu memang hanya untuk kegunaan penyanyi itu sendiri.

Hasil siasatan awal juga mengatakan bahawa memang penyanyi itu tak terlibat dengan aktiviti memproses atau pun untuk mengedar barnag terlarang.

“Hasil soal siasat dilakukan, pokok berkenaan tak dijual. Ianya hanya ditanam untuk kegunaan dirinya sendiri saja.”

“Suspek dipercayai telah tanam pokok berkenaan setelah berjaya membeli sendiri benih dan mengeringkannya untuk kegunaan sendiri.”

Tentang macam mana penyanyi itu dapat bekalan untuk tanam pokok, pihak polis masih lagi menyiasatnya dan mempercayai, mungkin dia dapat bekalan dari online saja.

“Kita masih siasat dari mana dia membeli benih itu. Dia belajar cara nak tanah itu secara online saja.”

Di imbas kembali, pihak polis telah serbu ke rumah pernyanyi nasyid terkenal tanah air itu, dua hari lalu dan menahannya setelah menemui 17 pasu mempunyai pokok dipercayai jenisganja.

Selain pokok berkenaan, turut disita ialah kereta jena Toyota Wish, wang tunai, dan juga dua plastic daun kering dan telah dimampatkan.

Sehingga kini orang ramai masih lagi berteka teki tentang individu berkenaan. Belum ada lagi pendedahan identity siapakah penyanyi itu. Antara hint yang sudah diberikan ialah dia merupakan penyanyi nasyid terkenal, juga seorang composer yang berwibawa selain berumur 47 tahun.

Buat masa sekarnag penyanyi berkenaan ditahan reman selama tujuh hari sehingga hari Jumaat depan. Kita tunggu perkembangan selanjut tentang kes ini kelak.