“Yang curang akan selalu curang” Luahan Zizi Kirana buat ramai tertanya

1,121 views

Nukilan hati dari penyanyi Zizi Kirana hari ini telah menjadi topik bualan ramai orang di luar sana. 

Zizi Kirana, 37 tahun, telah menulis tentang isu kecurangan yang mana mengatakan jika seseorang itu dah buat sedemikian dan membohong, mereka tetap dengan sikap berkenaan. 

Ianya ditulis menerusi satu tweet pada pagi hari ini. 

Ini tweet penuh dari Zizi Kirana. 

“Seorang yang melakukan kecurangan akan selalu buat sedemikian. Orang yang membohong juga akan selalu buat benda yang sama.” 

“Akan tetapi mereka selalu tertanya mengapa hidup mereka ni tak baik.” 

Sebelum ini beberapa hari yang lepas, Zizi Kirana juga ada menulis bahawa orang lelaki ni memang mempunyai akal yang panjang. 

Berbanding dengan kaum wanita yang lebih banyak guna perasaan saja. 

“Ada ustaz cakap yang mana orang perempuan ni banyak guna perasaan, dan itu juga buat tidak menentu mood dia.” 

“Sementara itu, yang lelaki pulak banyak guna akal, sebab itu lah mereka ni akal dia panjang , pandai berbohong.” 

Tweet dari penyanyi yang terkenal dengan lagu rancak seperti Eh, Nak ke tak nak, Boleh jalan, ini membuatkan ramai yang tertanya juga, kepada siapa ditujukan tu. 

Kalau diamati Zizi Kirana dan suaminya iaitu pelakon Yusof Bahrin nampak bahagia saja. Mungkin hanya sekadar ingatan dan peringatan kepada orang lain agaknya lah tu. 

Untuk info, Zizi Kirana yang mula naik setelah terlibat dengan Akademi Fantasi musim ketujuh, telah pun disatukan dengan Yusof Bahrin, 30 tahun, pada tahun 2021. 

Selain berlakon, Zizi Kirana juga seorang pelakon dan pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti Cuti-cuti Cinta dan Hantu Bonceng. 

Zizi Kirana kini telah berhijrah dan menutup aurat setelah berkahwin dengan Yusof Bahrin dan dilihat banyak mendekatkan diri dengan agama.