“Kalau saya di tempat Sissy, saya tinggalkan terus pentas secara live” Azwan Ali

1,710 views

Linangan air mata Sissy Iman secara langsung setelah menerima komen tegas dari Mas Idayu menjadi isu dua tiga hari ini.  

Pengacara Azwan Ali yang lebih dikenali dengan nama Diva AA telah tampil memberi pendapatnya tentang isu melibatkan Mas Idayu dan juga Sissy Iman. 

Bagi Diva AA, apa yang dikomen oleh Mas Idayu itu sememangnya tak wajar dan cara sedemikian sudah basi. 

Apatah lagi sekiranya, komen yang agak lantang itu ditayang secara langsung. Ini komen Azwan Ali dari laporan Utusan.

“Kenalah ada batas apabila bila mengamuk kat peserta. Mas Idayu memang ada hak nak tegur tetapi ada cara yang lebih baik, dan berlapik. Ada etika nak tunjuk sayang kepada peserta.” 

“Trend Mas Idayu sembur orang ini terus terang saya cakap memang sudah basi apatah lagi di tahun 2023 ni.” 

Kata Diva AA lagi, kalaulah dia di tempat Sissy yang kena sedemikian, mungkin dia pun dah keluar dari pentas itu secara live. 

“Kalau saya berada di tempat Sissy Iman tu mungkin saya dah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.” 

“Tidak dinafikan nyanyian Sissy memang agak kurang dan ada sumbangnya konon macam merosakkan lagu, tetapi tegurlah secara baik sebab dia pun insan seni apatah lagi rancangan ini santai ditonton sekeluarga.” 

Diva AA menyarankan pihak produksi untuk jadikan hal ini sebagai iktibar. 

“Kepada pihak produksi kena ambil peristiwa ini sebagai iktibar. Tak kisah nak cipta drama atau kejar rating, namun jangan gunakan juri untuk keruhkan keadaan dan kenalah hormat peserta yang bertanding.” 

“Saya pun menegur Mas Idayu sebab sayang pada dialah.”  

Tentang jawapan dari Mas Idayu memberi komen sebab sayang, Diva AA menjelaskan komennya itu dah jatuhkan maruah penyanyi berkenaan. 

“Itu memang jawapan selamat, iaitu komen sebab sayang. Tetapi ini bukan soal sayang tetapi maruah seseorang.”  

“Saya tak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen untuk jadi juri kerana mungkin produksi ingat mulut saya lagi laser dari Mas Idayu.”  

“Tetapi bagi saya menjatuhkan maruah seseorang macam tu satu hal yang tidak boleh diterima. Apapun alasan, tetap tidak dibenarkan.” 

“Anda bukan ada di tempat Sissy. Kalau kita kena macam tu secara langsung di televisyen sudah tentu tidak tahan juga.” 

Itulah pandangan dari Azwan Ali atau Diva AA tentang isu Mas Idayu memberi komen panas kepada Sissy Iman sehingga menitiskan air matanya secara langsung di atas pentas.