House tour, rumah Datuk Yusof Haslam

54,400 views

Datuk Yusof Haslam merupakan satu nama yang amat gah dalam dunia seni tanah air. 

Sebagai pelakon, pengarah dan penerbit, boleh dikatakan Datuk Yusof Haslam memang seorang yang teramat berjaya. 

Yusof Haslam kini mempunyai produksi yang cukup dikenali ramai iaitu Skop Production. 

Antara produk yang paling sinonim sudah tentulah rancangan televisyen, Gerak Khas. 

Tak terhenti di situ saja, Yusof Haslam kini boleh mendabik dada apabila anak-anaknya dilihat mewarisi kehebatannya sebagai pengarah. 

Dua anak lelakinya, iaitu Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof mengikuti jejak langkahnya sebagai pengarah yang amat disegani di Malaysia. 

Dua filem paling laku dalam industri perfileman merupakan arahan Syamsul Yusof dan juga Syafiq Yusof. 

Namun kali ini bukan mahu bercerita tentang kisahnya dalam dunia seni, tetapi lebih kepada sisi peribadinya. 

Melihat kehebatan dan kejayaan Yusof Haslam dah tentu semua pasti beliau kini merupakan seorang yang berstatus jutawan. 

Namun begitu, jarang Yusof Haslam memperlihatkan hartanya terutamanya kediamannya. 

Kali ini, Yusof Haslam ada buat sedikit kelainan apabila memuatnaik satu video menunjukkan sedikit kawasan rumahnya. 

Dari video, Yusof Haslam membawa pekerjanya iaitu intern, untuk melihat sendiri di belakang rumahnya. 

Kelihatan ada gelanggang badminton di belakang rumah Datuk Yusof Haslam

“Tempat ini dulu saya bermain bersama anak saya, paling banyak dengan Syamsul, masa dia kecil dulu.” 

Kemudian Yusof Haslam membawa pekerjanya itu melihat beberapa reban serta kandang haiwan miliknya. 

Antaranya ialah reban ayam, angsa dan juga kambing. 

“Dia ni memang bising, masa buat penggambaran sini dulu pun, memang dorang ni bising.”  

Selain itu, Yusof Haslam juga mempunyai satu terrace di belakang rumahnya dengan pemandangan yang indah, berlatarbelakang hutan sert, bukit. 

Jom layan videonya, dibawah ini, rumah Datuk Yusof Haslam

Selain itu kami selitkan beberapa foto dan Impiana, sekitar rumah Datuk Yusof Haslam. 

Memang cantik betul rumah Datuk Yusof Haslam ni, namanya ialah Darul Haslam, terletak di Taman Melawati.