“Saya lihat keadaan itu, saya pun pulang” Penjelasan penuh Ustaz Wadi Annuar

9,544 views

Penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar menjadi sebutan ramai ekoran telah hadir ke majlis resepsi Janna Nick dan suaminya Dini Schaztmann pada hujung minggu lalu. 

Namun, ramai yang memberi pendapat, sewajarnya pengantin ada rasa malu kerana hadirnya seorang sosok yang amat disegani dalam bidang agama, namun cara pemakaian serta cara perkahwinan berkenaan umpama gaya orang barat. 

Setelah isu ini tular, Ustaz Wadi Annuar mengambil keputusan untuk menjawab persoalan orang ramai. 

Jelas Ustaz Wadi Annuar, beliau hadir ke majlis perkahwinan Janna Nick dan Dini Schatzmann itu setelah menerima jemputan untuk makan kenduri dan juga untuk membaca doa. 

Demi menyantuni jemputan pihak pengantin, Ustaz Wadi Annuar pun datang dan membaca doa di majlis berkenaan. 

Namun jelasnya, ketika bacaan doa, kedua mempelai ketika itu masih lagi belum keluar ke tempat persandingan. 

Setelah Janna Nick dan Dini Schatzmann keluar, dan melihat keadaan itu, Ustaz Wadi Annuar pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. 

“Dalam lebih kurang 10 minit saya duduk di majlis situ, pengerusi majlis mulakan majlis dan kemudian giliran saya untuk membaca doa. Semasa itu, pengantin masih lagi belum keluar.” 

“Kemudian, selesai membacakan doa, dalam beberapa minit lepas tu, barulah pihak pengantin diumum telah tiba, pengantin keluar dari hujung.” 

“Saya pun tengok, melihat keadaan itu lantas beritahu pembantu peribadi saya, kita kena ni kena balik. Oleh itu, saya buat keputusan tak makan, tak bergambar, tak bersama dengan tentatif sehingga ke majlis tamat. Saya buat keputusan untuk terus saja pulang.” 

Kenyataan ini dibuat oleh Ustaz Wadi Annuar menerusi sati siaran secara langsung. 

“Saya hanya beredar sebaik saja pengantin selesai berucap dan pengantin beredar. Saya bangun dan terus balik. Itulah yang berlaku.” 

Ini video penuh penjelasan dari Ustaz Wadi Annuar

“Saya ni dijemput untuk membaca doa dan makan di kenduri itu tetapi apabila melihat keadaan sebegitu, kami terus balik. Kalian bolehlah bertanya kepada penganjur.”  

“Yang diajar oleh agama, kita ni tak patut memalukan orang, tidak perlu nak timbulkan persepsi yang tak baik.” 

“Benar, hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tak perlulah nak keruhkan keadaan..” 

“Syukur, semuanya tenang, pengantin pun okey saya mereka tak ada rasa apa-apa. Saya pun meraikan hukum hadir ke kenduri kahwin.” 

“Apabila saya di situ, baru saya tahu keadaan itu dan saya terus beredar dan itulah yang diajar oleh agam kita, Islam.” 

Ustaz Wadi Annuar hadir atas jemputan pihak pengantin, dan menyantuni saja, namun telah pulang sebaik pengantin selepas berucap, itulah kisahnya.