Tempat makan Diana Danielle dan Farid Kamil diragui status halal

5,783 views

Pasangan suami isteri Farid Kamil, 42 tahun, dan Diana Danielle, 32 tahun, kini kembali bersama dan dilihat semakin mesra. 

Malah mereka juga kerap berdating berdua dan memuatnaik moment bahagia mereka di media sosial. 

Baru-baru ini, Farid dan juga Diana ada makan berdua di sebuah kedai makan yang terletak di Balakong, Selangor. 

Mereka menikmati beberapa juadah seperti mee kari dan juga makanan laut. 

“Mangkuk terbesar mee kari di Malaysia. Macam mana tak gempal kalau masing-masing layan selera ni.” 

“Kami di Little Jungle Curry House cawangan di Balakong.” 

“Kedai ni mesra muslim. Saya dah call branch utama dan mereka beri cadangan untuk ke brach Balakong sebab ia muslim friendly dan semua menu seafood.” 

Ramai yang tersenyum sendiri melihat betapa romantisnya pasangan ini menikmati juadah bersama. 

Ini antara komen dari netizen. 

“Aku yang tersenyum sorang-sorang tengok dorang berdua ni.” 

“Semoga sentiasa bahagia buat Diana dan juga Farid.” 

Namun jika diamati di ruangan komen, orang ramai mula menulis bahawa tempat berkenaan sebenarnya tiada sijil halal. 

Ada seorang individu berkata, kedai berkenaan berhampiran dengan rumahnya dan sudah diketahui sememangnya tempat itu tidak memegang sijil halal.

Diana juga dilihat ada membalas dan mengatakan tempat itu menyediakan makanan seafood saja.

Sementara itu, ada juga berkata, sungguhpun kedai berkenaan claim bahawa makanan muslim friendly, tak sementinya ianya boleh di makan. 

Sebebnya kerana isu halal bukan saja dari segi ingredient makanan tetapi juga cara memasak, dan juga alat memasak. Apapun, hal ini boleh merujuk kepada yang lebih arif seperti pihak mufti. 

Ini di antara komen netizen tentang isu makanan halal di tempat berkenaan. 

Apapun, kita doakan agar Farid Kamil dan Diana Danielle terus bahagia sebagai pasangan suami isteri di samping dua orang anak mereka.