House tour: rumah mewah Awal Ashaari, Scha Alyahya, rumah ni tercalon untuk anugerah

54,594 views

Pasangan suami isteri Awal Ashaari dan Scha Alyahya sememangnya pasangan yang boleh dilabel power couple. 

Amat terkenal dan berjaya dalam bidang masing-masing, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sudah tentunya antara pasangan yang boleh dikatakan berada dan stabil dari segi kewangan. 

Kali ini, kita bawakan pula house tour rumah mewah yang didiami oleh Awal Ashaari dan Scha Alyahya. 

Bukan rumah biasa-biasa, sebenarnya rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini telah pun tercalon untuk satu award. 

Rumah ini tercalon dalam kategori Best Use of Colors Award dalam anugerah Tatler Homes Design Awards 2023. 

Jelas Scha Alyahya, suaminya memang seorang yang amat berbakat untuk hiasi rumah. Dan kemudian mereka berdua telah bekerjasama dengan satu jenama dekorasi untuk menghiasai dan ubah suai rumahnya itu. 

Scha Alyahya amat menyukai hasil yang diilhamkan hasil kerjasama berkenaan.  

Ini komen dari Scha Alyahya. 

“Saya dan Awal tak ada pereka dalaman yang khusus. Ianya dihasilkan dari titik peluh kami sendiri bermula dari lakaran.”  

“Awal memang seorang yang mahir tentang hiasan dalaman. Cuma bila ia melibatkan warna, di situ saya pula ambil peranan.” 

“Bagi saya, apabila dah minat, kita akan buat banyak research dan mungkin dari situlah timbulnya kreativiti. Bila minat disusuli dengan research, itulah hasilnya.”  

Scha menambah kerana banyak yang memuji rumahnya, dia juga ada terfikir untuk buat service hiasan rumah.  

“Plan itu memang ada. Tak dinafikan, saya ada terima banyak permintaan untuk kami buat servis tersebut. Misalnya di kalangan rakan kenalan selebiriti dan sebagainya.” 

“Cuma bagi saya ia kerja yang amat serius. Bukan saja-saja boleh bias dan sebagainya. Mungkin kita ni ada cita rasa, akan tetapi perlaksanaan tu kena sesuai juga.” 

Jom tengok rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni. 

Ruang luar, outdoor.

Living room.

Ini pula tempat makan dan juga dapur rumahnya.

Mari lihat bilik Lara Alana.

Master bedroom, bilik Awal dan juga Scha.

Tak cukup tengok foto, jom layan, ini pula video house tour rumah pasangan ni dari Tatler Home. 

Fuh memang cantik betul rumah Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni, memang jadi idaman ramai.