Zahirah Macwilson kena ‘sembur’ setelah bergambar bersama Gal Gadot

24,998 views

Pelakon Zahirah Macwilson telah menjadi perhatian orang ramai baru-baru ini setelah memuatnaik sekeping foto. 

Foto berkenaan menunjukkan Zahirah berada di sisi pelakon Hollywood terkenal iaitu Gal Gadot. 

Walaupun hanya bergambar bersama, ternyata ada pihak yang melahirkan rasa kurang senang dengan gambar berkenaan kerana melihat dari asal usul serta warganegara Gal Gadot. 

Zahirah Macwilson muatnaik gambar Gal Gadot ketika di satu event sempena pembukaan jenama Tiffany di New York. 

“Saya di sini untuk pembukaan The Tiffany Landmark di New York. Selepas lebih empat tahun buat renovation, bangunan penuh ikonik ini mempunyai 10 tingkat dengan design dari barang kemas, alatan makanan, beg, seni dan juga sejarah.” 

“Tahniah kepada Tiffany, saya amat berasa berbesar hati untuk berada di sini bersama para wanita dari Tiffany.” 

Menjengah di ruang komen, ramai netizen yang kurang berpuas hati kerana adanya Gal Gadot di salah satu foto Zahirah Macwilson. 

Ramai mengatakan isteri kepada Aiman Hakim Redza ini tak peka dengan asal usul Gal Gadot. 

Ini antara komen yang ditulis. 

“Zahirah, ianya bukan dengan siapa kamu ambil gambar tetapi lebih kepada tentang kepercayaan kepada Tuhan dan juga orang lain.” 

“Gal Gadot dulu pernah berkhidmat dalam askar untuk negaranya.” 

“Katakan tidak kepada Gal Gadot please. Saya pun dah kurang minat setelah tahu asal usulnya.” 

Selain Zahirah Macwilson, artis Malaysia lain yang turut berada di event berkenaan ialah pelakon Merqeen. 

Merqeen turut muatnaik gambar bersama pelakon utama Wonder Women itu. 

Di ruangan laman media milik Merqeen turut menerima komen yang lebih kurang sama dengan Zahirah. Rata-rata kurang senang melihat Merqeen bergambar bersama pelakon berkenaan. 

Zahirah Macwilson dan Merqeen masing-masing hanya mengambil pendekatan berdiam diri saja walaupun menerima pelbagai komententang gambar mereka dengan Gal Gadot itu.