Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahira, 48 tahun, dan suaminya Ijoy Azhari, 48 tahun, baru-baru ini telah beraya dengan bekas abang iparnya iaitu penyanyi Yantzen.
Yantzen, 64 tahun, merupakan bekas suami kepada kakak Sharifah Shahira iaitu pelakon Sharifah Haslinda, 50 tahun.
Satu video telah dimuatnaik di laman media sosial oleh Shairfah Shahira atau lebih dikenali dengan nama Shiera.
Dari video berdurasi kurang dari satu minit itu, Shiera dan Ijoy sedang menjamu selera bersama Yantzen.
Shiera memperkenalkan jenis makanan yang sedang dijamah oleh Yantzen.
Ada detik yang lucu yang mana Yantzen mahu mengambil sebekas makanan jenis cream puff namun Shiera meminta bekas abang iparnya itu untuk letak semula.
“Hah tak payah nak ambil semula, letak balik. Dah berapa banyak makan tu. Yantzen suka sangat puff ni.”
Yantzen kemudian sambil tergelak meletakkan semula bekas cream puff itu, dan bertanay siapa yang buat puff berkenaan.
Ini videonya.
Shiera dan Yantzen berayaShiera dan Ijoy beraya dengan bekas abang ipar, Yantzen
Posted by Online on Monday, July 3, 2023
Dari ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah Shiera Joy dengan Yantzen.
Ramai juga yang memuji kemesraan antara Shiera dan juga bekas abang iparnya itu.
Selain itu, rata-rata juga memuji suami Shiera iaitu Ijoy yang amat cool saja.
“Baik betul hati Syira ni, dengan bekas abang ipar, dengan bekas suami, semuanya dia jaga hubungan yang baik.”
“Shiera ni kalau layan Instagram dia memang seronok. Rumah dia sentiasa je ada tetamu. Lepastu pula dia ni baik dengan semua orang. Tak kisahlah bekas suami ke, dengan bekas abang ipar ke.”
“Semua orang cakap baik hati Syiera. Bagi saya hati suami dia, Ijoy pun baik, mengizinkan orang masa lalu Syira bertandang ke rumah dan melayan mereka dengan baik sekali.”
“Bukan Syiera je yang baik, suaminya Ijoi tu pun sangat baik. Sentiasa murah senyuman baik semua orang.”
Hubungan antara Shiera dan juga Yantzen memang baik, malah sebelum ini Yantzen pun ada datang beraya di aidilfitri yang lepas.
Kakak Shiera iaitu Sharifah Haslinda atau lebih dikenali dengan nama Lynn, merupakan pelakon terkenal satu masa dulu dan kemudian berkahwin dengan Yantzen pada tahun 1994.
Hubungan Lynn dan Yantzen berakhir pada tahun 2004 setelah 10 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan anak bernama Aliff Ronan.