Perkembangan Nad Zainal, dah ketawa, boleh berbual.. Syukur sangat

55,290 views

Ini satu perkembangan terkini berkaitan pelakon Nad Zainal. Nampaknya pelakon berumr 32 tahun ini semakin pulih dan menunjukkan perubahan yang amat baik. 

Dari laporan portal mstar, dikhabarkan Nad Zainal telah mula sedar. 

Lebih baik lagi, Nad Zainal juga telah pun dikeluarkan dari unit rawatan rapi ICU dan kini berada di wad biasa. 

Hal ini dikhabarkan oleh salah seorang teman rapat Nad Zainal iait pengarah Shahrulezad Mohammedin yang lebih mesra disapa dengan nama Budak Ijat. 

Ini kenyataan dari Budak Ijat. 

“Untuk pengetahuan semua, keadaan Nad Zainal ketika ini tersangat baik. Dia tidak lagi berada dalam ICU dan sudah tak lagi intubated.” 

“Malahan Nad pun dah sedar. Dia juga boleh dah berbual dan bergelak tawa. Nad juga sudah mula ke tandas sendiri sungguhpun kami tak bagi sebab paru-parunya pun masih tak kuat sangat lagi.” 

Jelas Budak Ijat, ada sebab rakan terdekat kurang update berkaitan keadaan Nad Zainal ketika ini kerana tak mahu berita tak benar timbul. 

Maklumlah, Nad Zainal merupakan anak tunggal keluarga, dan sekiranya beriat sedemikian keluar, sudah tentu ibu bapa amat risau dan ianya memberi impak. 

“Punca mengapa kami tak update tentang Nad sebabnya kami amat kesiankan ibu dan bapanya. Selain mengutamakn kesihatan Nanad, kesihatan kedua ibu bapanya terutama dari segi emosi jadi keutamaan kami.” 

“Sebelum ini memang perasan kalau ada update tentang Nad, terus ada rantaian berita yang bukan-bukan. Hal ini menimbulkan kegusaran terutama ibu bapanya.” 

Itulah keadaan terkini tahap kesihatan Nad Zainal. 

Syukur Nad Zainal menunjukkan perkembangan yang amat baik dan positif, semoga nad Zainal akan sembuh seperti sedia kala secepat mungkin, sama-sama kita terus doakan, amin.