“Ianya memakan diri” Kenyataan penuh Janna Nick akui nyanyi miming di AIM23 malam tadi

1,154 views

Pelakon yang juga penyanyi iaitu Janna Nick merupakan antara selebriti yang membuat persembahan di atas pentas Anugerah Industri Muzik ke 23, AIM23 yang berlangsung malam Ahad. 

Namun ramai yang tertanya tanya melihat persembahan yang begitu perfect nyanyiannya, adakah itu hanya miming saja. 

Akhirnya tuan punya badan tampil mengakui hal berkenaan. 

Janna Nick akui, dia hanya miming saja ketika mempersembahkan lagu berjudul Gatal malam tadi. 

Namun begitu, Janna Nick berkata dia terpaksa buat sedemikian kerana mempunyai isu dengan kesihatannya terkena Influenza sejak dua minggu lepas. 

“Saya nak mohon maaf sebab ianya telah dianggap sebagai memalukan AIM23 kerana saya hanya miming saja di pentas anugerah berprestij ini.” 

“Ini satu impian yang memang dah lama saya impikan iaitu nak nyanyi di atas pentas sebaris penyanyi hebat yang lain.” 

“Semasa saya dapat tawaran buat persembahan, saya amat berbesar hati. Namun tak sangka, saya kena Influenza pada dua minggu lalu dan kesihatan saya terkesan.” 

Sungguhpun menerima diagnosis terkena Influenza, Janna akui terlalu busy dan tidak dapat berehat dengan secukupnya. 

“Saya terus saja dengan aktiviti seni iaitu jalani penggambaran di Jakarta dan datang ke event di Singapura walaupun doktor dah nasihat suruh saya rehat.” 

“Namun akhirnya tanpa saya sedari, pilihan saya ini akhirnya telah memakan diri.” 

Malam tadi, Janna Nick memberitahu masih ada isu terutama di bahagian tekaknya dan setelah selesai tugasnya di AIM23, dia terus saja pulang ke rumah. 

Namun begitu, Janna Nick telah mendapat berita yang cukup indah apabila muzik video untuk lagu berjudul Gatal itu telah berjaya memenangi kategori muzik video terbaik untuk edisi kali ini.