Kisah Azri Iskandar yang ada mesej dengan wanita bernama F ternya mengejutkan anaknya iaitu Azrell Omar.
Kata Azrel di apun tak tahu yang ayahnya pulang ke kampung bersama seorang wanita. Azrell memberitahu bahawa ayahnya emberitahu dia pulang ke kampung seorang diri saja.
Remaja berumur 18 tahun ini berkata, dia rasa ayahnya itu kini sedang mahu gembirakan dirinya.
“Minta maaf jika ayah saya ada mesej, chat dengan mana-mana wanita dan ada janji apa-apa kerana dia baru saja berpisah, mungkn tengah broken, dan ini mungkin cara dia legakan hati. Jangan layan dia sangat, kena faham keadaan dia masa tu.”
“Saya terkejut juga kerana semasa ayah pulang ke kampung tu, dia cakap balik seorang saja, tiba-tiba keluar pula berita seperti ini.”
“Pertama sekali kenapa perlu menipu. Dan benda ni terlalu tiba-tiba. Sebagai anak tentau saya faham tapi ada rasa kecewa juga dengan tindakan ayah.”
“Bagi saya mungkin tindakan dia tu di luar sedar, apa yang dia buat tu tak dia macam desperate nak happy.”
Bercakap tentang keputusan Azri Iskandar untuk kahwin, Azrell dan adik beradiknya sebenarnya tak setuju kerana merasakan ianya terlalu terburu-buru.
“Saya dan adik-beradik tak setuju ayah buat keputusan untuk kahwin sebab rasanya baru sangat berpisah. Bagi saya, adalah lebih baik jika dia fokus kepada diri dan juga kerjaya dia.”
“Dah ada bertanya kepada ayah, betul ke, mengapa cepat sangat, baru saja sebulan kan, macam tak logic. Dia cakap hanya nak kenal-kenal dulu. Bagi saya dia buat tu luar sedar.”
Azrell memberitahu bahawa tidak pernah jumpa lagi dengan Dr Azra dan berkata harap wanita itu akan pertimbangkan untuk berkahwin dengan ayahnya.
“Kepada Dr Azra, dengan apa yang telah terjadi ini, harapnya anda boleh fikirlah dan pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya. Awak nilai la sendiri.”
Itulah komen Azrell Iskandar tentang ayahnya Azri Iskandar.