Menangis sampai jatuh pengsan, Shu sah sedang hamil anak ketiga Hafidz Roshdi

7,437 views

Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada telah membuat satu lagi pendedahan yang agak mengejutkan ramai. 

Shuhada yang lebih mesra di sapa dengan panggilan Shu, mendedahakan bahawa dirinya telah disahkan hamil, anak ketiganya dengan Hafidz Roshdi. 

Kini usia kandungan anaknya itu sudah pun masuk ke minggu kesepuluh atau pun dah lebih 2 bulan usia kandungan. 

Melalui satu posting di IG, Shu akui dirinya dalam keadaan yang tertekan ketika ini. 

Malahan Shu juga telah jatuh pengsan di hospital baru-baru ini. 

Ini antara luahan dari Shu: 

“Ibu dah cuba untuk jadi kuat. Ibu cuba untuk hadap segalanya tetapi jujur memang ada hari, kekuatan tu tak sampai.” 

“Semalam, semasa ke mahkamah untuk dapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan hati ibu. Dan air mata ibu terus saja mengalir tak ada henti ketika ibu berceritakan kepada mahkamah yang ibu ni tengah hamil 10 minggu.” 

“Ibu dah cuba jadi kuat namun ibu perlukan kekuatan itu dari semua orang sekeliling ibu.”  

Shu menjelaskan bahawa dia pun dah pergi mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan yang dialami olehnya. 

“Ibu pergi dapatkan rawatan untuk isu tekanan yang ibu alami sekarang. Ibu akan berusaha sepenuh hati ibu kena terus jadi kuat untuk jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru.” 

Shu berkata usia kandungan anak ketiganya itu masih lagi awal dan dia tak dibenarkan untuk mengambil ubat untuk masalah tekanan yang dialaminya. 

“Ibu khuatir ubat akan beri kesan kepada baby dalam kandungan. Sekarang ibu kena berjuang tanpa ambil ubat.”  

Shu bercerita bahawa dirinay menangis sehingga dia jatuh pengsan. 

“Hari ini seharian ibu mengalirkan air mata. Hari ini di Hospital ibu jatuh pengsan. Doktor ada minta ibu untuk minum dan berbuka, ibu hanya menangis dan termenung.” 

Ini luahan penuh dari Shu tentang dirinya sedang hamil dan masalah tekanan yang dialami olehnya. 

Shuhada dan Hafidz Roshdi kini dalam proses untuk berpisah dan kes masih lagi berjalan di mahkamah.