Pemergian Siti Sarah antara asbab yang membuka hati Betty Rahmad untuk berhijab

7,187 views

Adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida iaitu Betty Rahmad kini telah pun buat anjakan apabila telah berhijrah memakai hijab, menutup auratnya.

Betty Rahmad yang kiin berumur 40 tahun, mula berhijab ketika Awal Muharam yang lalu. Dikatakan, pemergian arwah Siti Sarah antara asbab Betty untuk melakukan perubahan yang baik ini.

Ketika arwah Siti Sarah masih ada, saya ada order tudung yang dijual olehnya. Ketika itu saya seperti ada niat nak pakai tudung tapi belum pakai lagi. Saya ada tunjuk pada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke, tapi masa tu saya cakap belum lagi.

Selepas arwah Siti Sarah meninggal dunia, ketika itu terdetik, dan barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Semasa baca doa Awal Muharam, saya solat dan baca kitab Quran. Saya rasa bersyukur dengan apa yang saya ada. Betapa sayangnya Allah pada saya.

Betty menceritakan bahawa dia terjentik hatinya untuk berubah setelah meihat anaknya, Ardy Wira yang berusia dua tahun sudah lancar mengaji berbanding dirinya sendiri. Dikatakan dah lama Betty tak baca kitab suci itu.

Semuanya mula terdetik bila tengok anak dah pandai mengaji, tapi diri sendiri masih tak berapa lancar. Kemudian saya mula join kelas mengaji online dengan Nabila Huda.

Setiap pagi Betty akan membaca surah dalam Quran dan akan tersentak ketika membaca satu ayat di surah Ar Rahman.

Hati saya tersentak bila baca ayat bermaksud nikmat Tuhan mana yang engkau dustakan. Setiap pagi saya ulang baca surah tu, surah yang sama.

Saya terfikir, syukur apa yang saya nak, semua Allah bagi. Suami yang baik, anak yang bijak dan perniagaan yang berjalan lancar.

Teringat kata ustazah, perempuan senang nak masuk syurga. Syaratnya, haruslan sentiasa menjaga suami dan anak dengan baik. Saya dah jadi ibu dan isteri yang baik namun ada yang tak cukup iaitu aurat.”

Betty Rahmad berkongsi cerita berkenaan kepada kedua orang kakaknya Erma Fatima dan Umie Aida menerusi satu sesi live.