Influencer terkenal Alif Teega, Aisyah Hijanah dibawa ke mahkamah untuk direman

697 views

Pasangan suami isteri yang juga influencer terkenal iaitu Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah dilihat telah dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada pagi ini. 

Kedua dua mereka memakai baju oren dengan tangan digari, sambil diiringi pihak berkuasa membawa mereka ke mahkamah sekitar jam 9.20 pagi. 

Permohonan reman akan dikeluarkan mahkamah bagi dakwaan kes menyeleweng kutipan derma. 

Kisah Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah mula didedahkan oleh page PW Community yang sememangnya terkenal dalam mendedahkan salah laku serta penipuan dari pelbagai pihak. 

Semalam pihak PW Communty melalui satu kenyataan mengatakan pihak mereka mengesahkan bahawa Alif Teega dan isteri telah disiasat SPRM. 

“Semua para admin berpendidikan dalam bidang sains.” 

“Akan tetapi kami dikelilingi dan dibantu oleh peguam berpengalaman yang menjadi legal advisors.” 

“Pihak legal advisors kami telah membantu secara volunteer demi menyambut seruan fardhu kifayah membongkar penipuan demi kepentingan orang awam.” 

“Semua tindakan perundangan akan dirujuk dulu kepada legal advisors. Contohnya kempen untuk buat laporan polis terhadap AH&AT telah dirujuk kepada legal advisor sebelum kami buat paparan.” 

“Pihak berkuasa SPRM mulakan siasatan pada jam 4.45 petang.” 

“Barangan elektronik telah dirampas manakala bekas staff telah dihubungi.” 

“It us now confirmed, disahkan.” 

“Menurut sumber, suami isteri berkenaan telah ditahan SPRM sekitar jam 6.40 petang untuk bantu siasatan selepas membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit akan tetapi telah difahamkan wang berkenaan tak disalurkan secara betul.” 

“Siapa lagi pasangan suami isteri yang kutip derma ya.” 

Buat masa kini, ini lah perkembangan kes melibatkan pempengaruh yang juga ikon anak muda terkenal Ali dan juga isterinya Aisyah. 

Kes ini mendapat liputan meluas, memandangkan kedua mereka amat terkenal dikalangan anak muda. 

Sebelum ini, Alif dan juga Aisyah menafikan bahawa segala kutipan berkenaan telah disalah gunakan. 

Kisah Alif Teega dan Aisyah Hijanah akan diupdate lagi selepas ini. Bersambung.