Sean Lee cerita detik nak berkenalan rapat dengan isteri

521 views

Sean Lee kini dah pun bergelar suami kepada wanita bernama Bay Doucet. 

Kalau nak tahu siapa isteri Sean ni, boleh baca di sini, biodata dan latar belakang Bay Doucet. 

Sean mengumumkan perkahwinannya itu pada hari Ahad yang lalu, dan ianya ternyata mengejutkan ramai peminatnya. 

Rata-rata tak tahu tentang hubungan Sean dan Bay. 

Melalui satu temubual dengan Mstar, Sean berkata, dia tak ada niat pun nak sembunyikan hubungannya. 

BUKAN SOROK HUBUNGAN 

Hubungan berkenaan diketahui keluarga dan juga rakan-rakannya. 

“Kami kahwin 7 Julai lepas dalam satu majlis resepsi yang dihadiri 200 tetamu di sebuah restoran.”  

“Saya dan Bay nak sebuah majlis bersifat peribadi, memandangkan ini kali pertama kami tayang hubungan secara terbuka.” 

“Hubungan kami ni sebenarnya bukanlah rahsia sangat, family dan teman rapat tahu tentang hubungan kami.”  

“Tapi saya rasa lebih baik simpan beberapa hal peribadi untuk diri sendiri saja.” 

TENTANG PERCINTAAN DENGAN BAY  

Ada yang tertanya bagaimana Sean mula berkenalan dengan isterinya itu. 

Kata Sean, dia dan Bay dah lama berkawan di laman media sosial tetapi jarang berkomunikasi. 

Pada satu hari, Sean memberanikan diri menghantar mesej peribadi atau DM kepada Bay, maka bermulalah hubungan yang lebih rapat.  

“Kami follow antara satu sama lain di laman media sosial, dah bertahun-tahun tetapi jarang berkomunikasi.”  

“Sampai satu hari tu, saya memberanikan diri menghantar DM pada dia dan selebihnya biarlah ia menjadi sejarah perkenalan saya dan isteri.” 

Rupanya Sean mengurat dan berkenalan rapat dengan Bay melalui Instagram.

MACAM MANA TERPIKAT DENGAN BAY DOUCET 

Sean berkata dia mula tertarik dengan Bay sebabnya Bay ada personality yang bagus, hebat, berbakat dan amat kreatif. 

Mereka berdua juga mempunyai matlamat dan pemikiran serupa tentang perkahwinan.  

“Sebelum nak teruskan hubungan ke arah lebih serius kami dah pun pasang niat untuk berkahwin. Pandangan dan pemikiran kami terhadap percintaan dan perkahwinan serupa atau dalam erti kata lain kami berdua ni date to marry.” 

“Saya percaya ini merupakan cara yang sangat baik dalam membentuk sebuah hubungan yang lebih romantik.” 

HONEYMOON DENGAN ISTERI 

Sean memberitahu, untuk masa sekarang dia mahu habiskan banyak masa berdua bersama isterinya. 

Selepas ini, atas urusan kerja masing-masing, mereka tak akan ada masa yang banyak untuk bersama.  

“Saya harap dapat susun schedule kerja agar dapat bawa isteri berbulan madu pada akhir tahun ini.” 

“Kami nak menikmati alam perkahwinan dengan meluangkan lebih banyak masa berdua. Soal rezeki saya serahkan saja pada Tuhan.” 

Tahniah buat Sean Lee dan juga Bay Doucet.