Pasangan suami isteri Alif Teega, 30 tahun dan Aisyah Hijanah, 26 tahun telah direman selama empat hari berbula hari Khamis sehingga hari Ahad.
Perintah tahanan reman selama empat hari dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan dari pihak berkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.
TENANG TERSENYUM BERI SALAM
Alif dan Aisyah dilihat tenang semasa hadir ke mahkamah dengan memakai baju oren dan tangan digari oleh pihak SPRM.
Ada waktu mereka dilihat tersenyum dan sempat menyapa pihak media.
“Assalamualaikum, alhamdulillah, saya dalam keadaan sihat saja, minta semua doa yang baik-baik.” tutur Alif Teega.
PEGUAM ALIF TEEGA BANTAH
Sementara itu, pihak peguam yang mewakili pasangan suami isteri ini telah tampil memberi kenyataan.
Peguam Abdul Rahim Ali telah membantah dan menafikan dakwaan influencer berkenaan seleweng kutipan derma.
“Kalau tanya saya tak sama, lain. Dua anak guam saya ini telah ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23(1) akta itu.”
“Oleh yang sedemikian, kami telah membuat bantahan, sebab tak kena dengan seksyen yang diminta oleh pihak SPRM, hakikatnya mereka bukan seorang penjawat awam.”
DISIASAT SALAH GUNA KUASA
Alif Teega dan Aisyah Hijanah tidak didakwa atas penyelewengan dana derma yang kumpul sebaliknya telah disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa.
Mengikut laporan PW Community, melalui pendedahan lawyer bernama Nur Zabetha, dakwaan salah guna kuasa ini juga terpakai termasuklah mereka yang di dalam syarikat swasta, bukan hanya penjawat awam saja.
KENYATAAN SPRM
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM iaitu tuan Hishamuddin Hashim juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan mereka akan siasat kes Alif Teega dan Aisyah Hijanah
“Mereka ditahan hari Rabu dan diperintah reman selama empat hari bermula Khamis untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.”
Selain itu, ada dua lagi individu yang turut direman iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan derma yang turut terlibat dalam kes yang sama.
Kata Hishamuddin lagi, sehingga kini kutipan dana yang dinaggar sudah mencecah RM3 juta.
“Dianggarkan kutipan derma tersebut telah mencecah kira-kira RM3 juta dan siasatan ini masih lagi di peringkat awal.”
KRONOLOGI KES
Kes ini bermula setelah pihak PW Community membuat pendedahan bahawa Alif Teega dan Aisyah Hijanah terlibat dalam kes meminta derma dan sumbangan yang meragukan.
Hasil bukti yang dikumpul, PW Community mendedahkan hasil derma telah diseleweng oleh pasangan suami isteri terbabit.
Selepas beberapa siri pendedahan, pihak PW Community mendapatkan nasihat dari pihak peguam.
Dalam pada itu, Aliff Ahmad melalui pihak Scurt juga dilihat telah membuat penyelidikan tentang kes ini.
Pihak polis dan juga PW Community menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis atas penyelewengan dana oleh Alif Teega dan Aisyah Hijanah.
Setelah ada laporan polis dibuat, akhirnya pihak SPRM telah menjalan siasatan.
Waktu petang pada hari Rabu, SPRM menahan Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah sekitar jam 6 lebih.
Pada hari Khamis, kedua mereka dibawa ke mahkamah utnuk perintah reman, dan ianya telah dibenarkan pihak mahkamah.
Itulah perkembangan kes melibatkan Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah.