Ingatan, pesanan serius Tok Ram kepada peserta untuk minggu ke empat

1,434 views

Pada minggu ke empat, para peserta All Stars Gegar Vaganza akan berganding dan berduet dengan penyanyi lain di atas pentas. 

Apa yang menarik perhatian ialah, semua penyanyi jemputan minggu depan bukan calang-calang orangnya. 

Antara yang akan hadir memeriahkan pentas sebagai penyanyi duet kepada para peserta ialah Dato M Nasir, Dato Jamal Abdillah dan Ziana Zain. 

Ada juga penyanyi hebat lain seperti Misha Omar, Mamat Exist, Marsha Milan dan dua bekas pemenang Akademi Fantasia iaitu Vince serta Stacy. 

Kehadiran para penyanyi berstatus legend seperti M Nasir dan Jamal Abdillah sudah tentu memberi impak kepada para peserta. 

Juri Gegar Vaganza iaitu Datuk Ramli MS dilihat telah memberi ingatan kepada para peserta untuk minggu depan. 

Kata Ramli yang lebih dikenali dengan nama Tok Ram, peserta kena tingkat kualiti nyanyian mereka, dan jika itu tak berlaku, mereka akan terkesan. 

“Minggu depan kamu semua para peserta kena nyanyi betul-betul ya. Kalau tidak, mereka akan habiskan kamu.” 

Itu ingatan dari Tok Ram setelah pengumuman rakan duet diumumkan. 

Memang benar kata Tok Ram ini, dah tentu dengan adanya penyanyi lain yang mempunyai aura hebat, ianya boleh over shadow peserta, jadi semua peserta kena nyanyi dengan kebolehan maksimum, beri yang terbaik.

Selain itu, suami kepada Datin Alya ini juga menepis bahawa ada pilih kasih kepada peserta GV10. 

“Tidak ada, saya rasa memang tak wujud pun pilih kasih.” 

Sama seperti Tok Ram, Datuk Syafinaz atau Tok Naz juga menafikan antara juri ada pilih kasih. 

“Kami ni profesional, kami tak pilih kasih pun, kalau ada pilih kasih semua peserta tak akan keluar sampai minggu akhir.” 

“Cumanya kami ni beri komen secara berlapik.” 

Sementara itu, Dato Syafinaz turut memberi ingatan agar semua peserta terus berusaha keras. 

“Kita nak bagi dua ratus ribu ni. Oleh itu kita juri akan cari yang terbaik.” 

“Memang nampak ada peserta memberi effort yang baik, dan ini tak adil kepada peserta yang hanya buat ala kadar saja.” 

“Kita tak mahu yang biasa-biasa, oleh itu kenalah letak effort, usaha.” 

Itulah kenyataan dari juri-juri All Stars Gegar Vaganza. 

Senarai penuh rakan duet para peserta lihat video di bawah ini.

Memang ramai yang tak sabar nak tonton persembahan peserta pada minggu ke empat, mesti best dengan adanya ramai penyanyi hebat di atas pentas.