“Jangan asyik berseronok saja” Shuhada tuntut nafkah anak dari Hafidz Roshdi

298 views

Pelakon Hafidz Roshdi baru saja memberitahu bahawa dirinya dah pun terima tawaran untuk kembali berlakon setelah hampir satu tahun tidak terima sebarang tawaran. 

Jelasnya lagi, ketika ini, dia masih lagi melakukan e-hailing untuk menampung kehidupan seharian. 

Tidak lama kemudian, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada terus saja tampil dengan menuntut nafkah untuk anak-anak mereka. 

Nurul Shuhada yang lebih dikenali dengan nama Shu, menuntut supaya bekas suaminya itu melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak-anak. 

Shu mendedahkan banyak nafkah yang tertunggak untuk anak-anak termasuklah pembayaran hal melibatkan sekolah anak. 

Bukan saja-saja untuk mendedahkan kepada umum, Shu berkata, dia sebelum ini ada meminta secara peribadi namun tidak ada tindakan.  

“Bukannya tak pernah minta secara personal, memang semua secara personal tapi tak ada tindakan.” 

“Oleh itu saya ambil kesempatan ni untuk anda selesaikan tanggungjawab anda sebagai ayah.”  

“Memang benar, kes mahkamah masih sedang berlangsung, dalam proses, jadi kalau nak tunggu perintah mahkamah, siapa nak bayar nafkah untuk anak-anak sekarang ni.” 

“Pihak sekolah dah tentu cari bapa kepada pelajar, jadi kalau nak tunggu keputusan mahkamah sehinggakan Umar dan Humairah tidak perlu makan? Tidak perlu sekolah kah.”  

Shu berkata selama ini dia yang menanggung segala perbelanjaan anak bersendirian dan dibantu oleh ibu bapanya. 

“Sepanjang perjalanan ini, saya Nurul Shuhada binti Mat Shukri yang menanggung semuanya sendirian.” 

“Ibu bapa saya pun turut bantu untuk semua urusan, kalau anda sedar dengan hukum agama, mohon untuk bertaubat sebelum terlambat. Peringatan untuk anda.” 

Tentang sekolah anaknya, Shu bukan saja memilih sekolah berkenaan, sebaliknya ianya dibuat berdasarkan nasihat dari pakar, setelah anak mengetahui perpisahan Shu dan juga Hafidz. 

Kos sekolah berkenaan telah mencecah rm11 ribu dan ianya ditanggung oleh Shu sendiri.  

“Tahun lepas sekolah anak ni dipilih berdasarkan nasihat dari doktor pakar psikiatri yang ambil berat hal emosi Humairah masa itu.” 

“Saya terima nasihat pakar dan mencari nafkah untuk anak-anak sehabis baik dan tanggung semuanya seorang diri selepas bercerai, jumlah kos persekolahan secara kasar dalam RM11 ribu.” 

Dalam pada itu, Shu ada memberi pesan kepada Hafidz dengan mengatakan jangan lupa tentang tanggungjawab dan jangan hanya mahu enjoy saja. 

“Jangan nak seronok ronok saja.” 

“Janganlah nak sembang siapa minta cerai, penceraian tak akan jadi kalau anda buat tanggungjawab anda.” 

Ini sekali lagi nasihat dari Shu kepada Hafidz. 

“Kepada bapa kepada Humairah dan Umar, banyak duit anda nak saman sana sini. Lod pandai pula nak hantar, hantar la sekali duit nafkah.” 

Itulah luahan dari Nurul Shuhada kepada bekas suaminya Hafidz Roshdi.