Ini kenyataan penuh Ketua Polis, sahkan pelawak popular ditahan reman

2,370 views

Memang mengejutkan apabila pelawak terkenal telah ditahan pihak berkuasa di Negeri Sembilan pada hari Ahad yang lepas.

Pelawak berkenaan berumur dalam lingkungan umur 40an ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pemerdagangan orang di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Sehingga kini masih ramai yang berteka teki siapakah pelawak popular berkenaan yang terlibat dengan kes sedemikian.

Melihat ruangan komen di media utama yang melaporkan hal ini, memang banyak netizen dah mula mencari jawapan dan ada yang tertanya-tanya siapakah gerangan pelawak tersebut.

Antara hint nya ialah pelawak lelaki, dengan umur lingkungan 40an serta bukan berasal dari Negeri Sembilan, maknanya dari negeri lain (sebab suspek kena denda rentas negeri).

Melalui laporan portal Sinar Harian, serbuan dibuat sekitar jam 10 pagi Ahad setelah satu risikan telah dibuat dan tangkapan ke atas pelawak berkenaan dibuat.

Turut dijumpai ialah seorang wanita yang disyaki salah seorang mangsa kepada pemerdagangan orang. Kejadian ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Pilah iaitu Superintendan Amran Mohd Ghani.

Ini kenyataan dari pihak berkuasa tentang kejadian ini.

Satu operasi iaitu Ops Pintas dibuat, dan pihak kami berjaya menahan seorang lelaki dan turut selamatkan seorang wanita berketurunan Melanau dari jadi mangsa seterusnya.

Siasatan sedang dibuat dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tak lebih 15 tahun termasuk juga boleh dikenakan denda.

Dalam operasi, turut dirampas ketika serbuan ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, sejumlah wang tunai dan juga empat buah handphone.

Polis berkata wanita yang menajdi mangsa berkenaan kini ditempatkan dirumah perlindungan di negeri Johor.

Suspek kini direman selama empat hari dan mangsa yang terselamat mendapat perintah perlindungan sementara dan kini berada di sebuah rumah perlindungan di Johor.”

Selain itu, suspek juga telah kena kompaun kerana rentas negeri tanpa kebenaran kerana perintah kawalan pergerakkan.

Polis turut mengesahkan siasatan sedang dijalankan sama ada ada rangkaian lain yang terlibat dalam kes ini.