Ini kenyataan Shila Amzah tentang kemelut ibu bapanya

27,113 views

Ekoran kisah yang melanda ibu bapanya iaitu Nd Lala dan Fauziah Sarman nama Shila Amzah menjadi buruan pihak media. 

Ramai yang mahu bertanya tentang kemelut yang melanda apatah lagi ianya melibatkan rakan Shila Amzah sebagai orang ketiga dalam rumah tangga ibu bapanya itu. 

Melalui satu siaran Melodi, Shila Amzah akhirnya ada memberi sedikit kenyataan. 

Melodi ada cuba hubungi penyanyi ini namun panggilan tidak dijawab. Sebaliknya Shila Amzah telah memberi voice note kepada pihak Melodi. 

Kata Shila Amzah, dia tak mahu mengeruhkan keadaan dalam kisah ibu bapanya. 

“Hai Melodi, maaf tak dapat nak jawab. Sha tak dapat nak bagi sebarang statement tentang hal ini sebab ianya hal peribadi melibatkan ibu bapa Sha sendiri.” 

“Sebagai seorang anak, kita tak ada selain doakan mereka agar dapat selesaikan benda ini.” 

“Sama ada mereka bersama atau pun tidak, sebagai anak hanya boleh doakan yang terbaik saja.” 

Jelas Shila Amzah lagi, dia juga tidak kisah sama ada ibu bapanya bersama mahu pun sebaliknya dan apa yang penting ialah mereka bahagia dengan cara masing-masing. 

“Saya tak kisah mereka together atau pun tak together ke, asalkan masing-masing bahagia dengan cara masing-masing sudahlah.” 

“Terima kasih kepada semua media yang selalu bertanya namun Shila hanya minta doakan saja yang baik-baik.” 

Ini jawapan dari Shila Amzah kepada pihak Melodi. 

Sebelum ini adik bongsu Shila Amzah iaitu Syada Amzah ada membuat surat terbuka kepada ayahnya kerana sudah tidak dapat menghubungi Nd Lala. 

Kata Syada Amzah, ayahnya itu memilih untuk pergi dan tidak memilih mereka anak beranak. 

Sehingga kini, belum ada kenyataan dari pihak Nd Lala tentang isu ini dan isterinay iaitu Fauziah Sarman dikhabar sudah pun membuat permohonan untuk berpisah dengan Nd Lala.