Luahan hati Syada Amzah kepada ayahnya Nd Lala “Ayah pilih untuk pergi, tinggalkan kami”

7,043 views

Kisah rumah tangga penyanyi Datuk Nd Lala akhirnya sudah diketahui ramai. Nd Lala dikatakan sudah berkahwin baru dengan wanita yang lebih muda darinya. 

Wanita berkenaan dikatakan merupakan rakan kepada Shila Amzah sendiri. 

Namun begitu, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Nd Lala dan juga anak-anaknya termasuk Shila Amzah dan juga Syada Amzah. 

Sebelum ini, hanya isterinya iaitu Fauziah Sarman yang membuka cerita dengan muatnaik foto berserta caption mendedahkan kehadiran orang ketiga. 

Pada pagi Ahad ini, akhirnya anak bongsu pasangan ini iaitu Syada Amzah menulis sedikit luahan rasa yang terbuku di dalam hatinya. 

Hari ni sempena hari lahir Nd Lala, Syada menulis ucapan selamat hari lahir kepada ayahnya itu dan berkata ketiadaan foto ayahnya kerana itu yang jalan dipilih oleh Nd Lala sendiri. 

Jelasnya dia menulis di Instagram, kerana tak dapat menghubungi ayahnya. 

Syada juga mengatakan ayahnya Nd Lala sendiri yang memilih untuk pergi dan meninggal dirinya dan keluarga. 

“Kepada ayah, hari ini tiada gambar ayah.” 

“Ini surat terbuka kerana tiada sesiapa pun yang ada akses untuk bercakap dengan ayah.” 

“Pertamanya, selamat hari jadi yang ke 62 tahun. Terima kasih banyak di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat adik beradik.” 

“Bagi pihak adik beradik iaitu Kakak, Shafiq, Syahir dan saya, kami dah menerima fakta bahawa apabila ayah memilih untuk pergi, ayah tak memilih kami.” 

“Kami dah tahu buat sebelum ini namun kini dah jelas bagaikan kristal. Selamat Hari Raya in advance buat ayah.” 

Itulah sedikit luahan hati dari Syada Amzah yang juga adik bongsu kepada Shila Amzah. 

Semalam Syada Amzah berbuka puasa bersama keluarganya, dengan Shila Amzah dan ibunya, namun begitu tiada kelibat ayahnya, Nd Lala.