Puteri Sarah, Syamsul Yusof bersemuka malam Ahad, sepakat untuk bercerai

4,746 views

Pada hari ini, perbincangan dan usaha pendamaian untuk berumah tangga antara pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah tidak berjaya diselamatkan. 

Kedua mereka, baik Syamsul Yusof mahu pun Puteri Sarah, akhirnya telah bersepakat untuk bercerai dengan baik. 

Dikatakan Puteri Sarah telah bertemu dengan Syamsul Yusof pada hari Ahad malam untuk berbincang tentang hal ini. 

“Kami dah berjumpa semalam, dan dah bincang semua, terma dan syarat, apa yang Sarah nak, dan apa yang Syamsul mahukan, berkenaan hal anak, nafkah semua tu. Jadi malam semalam, kita dah settel dah semuanya.” 

“Syukur alhamdulillah, ini berkat di bulan Ramadhan. Hari ini pun dipermudahkan. Oleh itu, kai boleh move dengan kehidupan masing-masing, dengan tenang. Takyah pening-pening lagi dah.” 

Sarah menjelaskan bahawa Syamsul akan melafazkan talak sebelum raya, minggu depan dan ianya akan direkodkan di mahkamah. 

“Sebelum raya, pada 18 April depan ni. Kita pun nak cepatkan untuk settle sebenarnya. Dia pun cakap tak nak dah panjang-panjang, nak settle kan juga, syukur.” 

“Nanti lawyer akan buat surat persetujuan, kontrak semua, dan akan kena tanda tangan, dan akan dapatkan perintah mahkamah.” 

“Terma dan syarat pun biasa-biasa saja, tak ada pun yang lebih-lebih.”

Ditanya tentang hubungan selepas ini, Sarah berkata jika Syamsul beri kerjasama dengan baik, dia pun tak akan bermusuhan dengannya. 

Ini video temubualn dari mstar:

Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan tarikh 18 April depan untuk kedua pihak merekodkan terma untuk berpisah dan Syamsul akan melafazkan talak ke atas Puteri Sarah. 

Selepas itu mereka akan ke mahkamah tinggi pula bagi kes hadanah berkenaan anak mereka.  

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan sepanjang perkahwinan, mereka mempunyai dua orang cahaya mata.