Jangan nak kurang ajar, Ning Baizura

2,589 views

Penyanyi Ning Baizura menjadi tumpuan ekoran ada satu video menunjukkan dirinya dalam kesukaran untuk membawakan lagu popular Awan Yang Terpilu.

Terkenal dengan suara yang hebat ketika menyanyi live, ramai yang terkejut mendengar suara Ning Baizura ketika persembahannya baru-baru ini.

Sebenarnya ramai yang nak tahu apa yang terjadi kepada Ning Baizura ketika itu.

Jelas Ning Baizura, ketika itu, dia ada persembahan selama empat hari berturut turut dan dah menyanyi lebih kurang 20 kali setiap hari.

Oleh itu dah tentu ada masanya akan rasa letih dan suara pun tak terkeluar dah, itu kan normal.

“Saya buat persembahan nyanyian selama empat hari berturut-turut. Setiap malam dalam 20 buah lagu saya nyanyi. Apatah lagi untuk lagu Awan Terpilu ini akan buat saya rasa sebak sebab terkenangkan arwah ayah.”

“Individu yang sebar video tu hanya nak cari kelemahan saya saja.” Itu kata Ning Baizura yang mengatakan pihak berkenaan hanya nak jatuhkan dirinya.

Ini video berkenaan.

Sementara itu, Ning Baizura di laman media Instagram mengingatkan agar orang ramai janganlah nak bersikap seakan kurang ajar kepadanya.

“Senang betul mereka ni nak mengutukkan. Janganlah nak kurang ajar. Wahai insan bergelar, kena ingatlah. Apapaun, terima kasih kepada peminat yang selalu menyokong.”

Tambah Ning Baizura lagi, dia tak kisah jika netizen nak berterusan buat jenaka tentang nyanyiannya itu kerana rezeki dia pun makini bertambah.

“Kepada yang nak buat lawak, silalah teruskanlah kerana jika lagi viral, lagilah saya akan dapat banyak rezeki dan show. Amin, tidak perlulah nak kesian atau bersimpati.”

“Apapun, mereka tak tahu sebab apa saya menyanyi macam tu. Apa perasaan saya ketika menyanyikan lagu tersebut tu. 4 hari saya menyanyi tanpa henti dalam masa 2 jam setiap malam. Peminat yang sebenar akan datang dan sokong saya.”

Itulah komen dari Ning Baizura tentang nyanyiannya baru-baru ini.