Dua hari yang lalu, pelakon yang kini dah bergelar ahli perniagaan yang berjaya iaitu Nur Fazura ada muatanaik sekeping foto menunjukkan dirinya telah pergi ke balai polis.
Dari posting berkenaan, Fazura dilihat sedang berursan di sebuah balai polis namun tidak diperincikan apa yang terjadi.
Pelakon berumur 38 tahun ini telah menutup nama balai polis berkenaan dan hanya mengucapkan terima kasih.
Ini tulis Fazura di ruangan caption gambar tersebut: “Terima kasih polis, PDRM Malaysia. Tegas adil dan berhemah.”
Melihat di IG stories pula, Fazura ada muatnaik dua posting yang dikatakan mungkin ada kaitan.
Yang pertama gambar kaki sedang berbalut dan kemudian gambar beberap ubat ubatan dari sebuah klinik swasta.
Di gambar kaki yang berbalut itu, Fazura memberitahu dia terlanggar besi lampu.
“Sakit sungguh bila kaki terlanggar besi lampu. Sekarang ni kaki saya dah jadi macam hantu mummy dah ni.” Tulis Fazura.
Namun begitu, ramai yang terus tertanya-tanya apa pula yang terjadi di balai polis, adakah ianya ada kaitan dengan kaki Fazura yang tercedera itu.
Melihat ramai yang terus bertanya, akhirnya pelakon ini berkata bahawa report polis dan gambar kaki yang cedera itu tak ada kaitan. Kes polis itu merupakan kes yang lebih serius.
“Ini merupakan sedikit pencerahan kerana ramai ingat ni sebab kaki Fazura yang cedera terlanggar besi lampu. Tapi bukan tau.”
“Kes ini merupakan satu isu yang lebih berat. Kita serahkan ke hadrat Tuhan dan juag kepad apihak berkuasa untuk kes ini.”
Kata Fazura, apa yang terjadi itu satu kes yang berat dan dia menyerahkan hal berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Sehingga kini, isteri kepada Fattah Amin ini tidak menyebut atau bercerita kes apa yang sedang disiasat polis itu.
Apapun, semoga semua urusan Nur Fazura di balai polis itu akan dipermudahkan, kita tunggu sajalah apa kes itu kelak.