Pada umur 30 tahun, penyanyi Wany Hasrita selamat menamatkan zaman solonya. Pemilik bersuara lunak ini memilih jejaka bernama Al Adib Fahmi, 30 tahun sebagai suaminya.
Al Adib bekerja dalam bidang penerbangan sebagai juruterbang di sebuah syarikat di Sarawak. Buat masa sekarang ini, kedua pengantin baru ini telah sedang membuat hubungan jarak jauh.
Sebelum ini, Al Adib secara jujur akui mengatakan isterinay itu kurang mahir memasak dan memilih untuk makan secara membeli saja memandangkan ada pelbagai servis untuk menjamu selera.
Namun Wany Hasrita berkata dia bukannya mahir tetapi jarang memasak jadi skil tak dapat digilap. Semasa berkahwin, Wany Hasrita masih belum lagi masak untuk Al Adib.
Semalam, Wani Hasrita ada membuka sesi soal jawab kepada para peminatnya, kemudian ada seorang peminat bertanya sama ada Wany dah pun memasak untuk suami.
Wany Hasrita akui dah pun memasak untuk suami dan secara jujur menyatakan ianya terlalu masin. Masakan yang menjadi santapan untuk suami ialah telur hancur atau scrambled eggs.
“Apa masakan pertama Wany untuk Adib?” Tanya peminat.
“Saya buat scrambled eggs. Tapi masin.” Jawab Wany Hasrita.
Kemudian Wany berkata lagi, bahawa Al Adib memang seornag yang tak kuat makan masin.
“Sebab dia ni memang kenis yang tak kuat makan masin. Tawar bagi saya, tapi bagi dia dah masin dah.”
Tak pe lah Wany Harita, asalahkan ada cubaan untuk memasak buat suami, nanti lama-lama skill tu akan datang dengan sendiri juga.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya tentang bagaimana kucing Wany hasrita menerima kehadiran Al Adib.
“Yang kucing ni memang manja sangat, dia mengada.” Jawab Wany Hasrita tentang kucingnya bertemu dengan suami, Al Adib Fahmi.
Semoga Wany Hasrita dan suami Al Adib Fahmi akan berbahagia selalu, selamat pengantin baru diucapkan.