Ini penjelasan dari Sharnaaz Ahmad tentang foto naik pelamin “Saya padam sebab..”

22,890 views

Kisah pelakon filem Polis Evo 3 iaitu Sharnaaz Ahmad yang dikatakan telah bertunang dengan pelakon baru bernama Amelia Christie mula jadi bualan sejak semalam. 

Ini gara-gara satu hantaran dari Sharnaaz memuatnaik foto di atas pelamin semalam. 

Dari foto itu, Sharnaaz Ahmad duduk di atas pelamin bersama anak tunggalnya iaitu Jebat Jayden dan seorang wanita yang ditutup wajahnya dengan jambangan bunga. 

Kesemua mereka mengenakan pakaian berwarna sedondon iaitu biru muda. 

Caption yang ditulis juga telah memberi andaian bahawa Sharnaaz bagaikan sudah mengikat tali pertunangan, kerana menulis dirinya telah digari. 

Namun begitu, tak lama kemudian Sharnaaz dilihat telah memadam foto tersebut. 

Dek kerana hal ini menjadi perbualan orang ramai, akhirnya pihak media cuba mendapatkan kenyataan dari Sharnaaz Ahmad. 

Akhirnya tuan punya badan tampil memberi sedikit penjelasan. 

Dari laporan Kosmo, Sharnaaz Ahmad berkata itu semua hanyalah satu gimik saja.  

“Taklah. Itu hanya satu gimik. Itu saja yang saya boleh cakap. Tipu saja semua tu, tak ada kahwin, tak ada apapun, saya tengah kerja saja sekarang ni.” 

Ditanya sama ada wanita dalam foto itu merupakan Amelia, ini jawapan dari Sharnaaz. 

“Apa bendanya, mana ada Amelia dalam gambar tu. Jangan nak memandai mat.” 

Sharnaaz juga memberi sebab mengapa dia memadam foto berkenaan setelah memuatnaiknya. 

“Saya ni malas nak layan. Saya ada banyak kerja sekarang, sebab itulah saya padam gambar. Tunggu sajalah posting yang betul-betul nanti.” 

“Lantaklah orang nak tulis apa, dah itu memang kerja mereka. Tunggu saja muat naik yang sudah disunting nanti ye.” 

Itulah jawapan dari Sharnaaz Ahmad tentang fotonya yang di katakan telah bertunang dengan wanita bernama Amelia Christie itu.