“Mamu kena gari” Sharnaaz Ahmad dah bertunang dengan Amelia Christie?

3,212 views

Pelakon terkenal tanah air, Sharnaaz Ahmad, dilihat telah muatnaik satu hantaran yang menjadi tumpuan ramai. 

Sharnaaz Ahmad telah upload satu foto menunjukkan dirinya di atas pelamin bersama seorang wanita. 

Turut berada di sisi Sharnaaz Ahmad ialah anak tunggalnya iaitu Jebat Jayden. 

Ketiga-tiga mereka memakai baju sedondon iaitu warna biru cair. 

Dari ruangan caption, Sharnaaz Ahmad menulis bahawa dia kini bukanlah duda pilihan ramai. 

“Maaf saya bukanlah lagi duda pilihan kalian semua.” 

Turut kelihatan ialah beberapa hastag seperti mamu dah kena gari, dalam hati ada taman dan juga SxAeDay. 

Ini ternyata memberi gambaran bahawa Sharnaaz Ahmad kini dah pun bertunang. 

Namun begitu wajah wanita yang duduk di sebelah Sharnaaz Ahmad itu telah ditutup dengan bunga berwarna putih yang dipegangnya. 

Ini foto dari Sharnaaz Ahmad. 

Gambar berkenaan membuat ramai tertanya sama ada benar Sharnaaz telah pun bertunang. 

Namun begitu, begitu cepat sekali Sharnaaz memadam semula foto berkenaan. 

Kini sudah tiada lagi gambar tersebut di laman media sosial milik Sharnaaz. 

Pelakon yang kini muncul dalam Polis Evo 3 ini dikatakan sedang mengenali hati budi pelakon baru iaitu Amelia Christie Lim. 

Ramai beranggapan bahawa Sharnaaz Ahmad kini dah bertunang dengan Amelia Christie Lim. 

Kalau hanya untuk babak drama, mana mungkin ada Jebat Jayden di sisinya. 

Apatah lagi dengan caption yang ditulis oleh Sharnaaz itu terutama ayat mamu dah kena gari, yang memberi erti Sharnaaz sudah bukan lagi single. 

Namun begitu, oleh kerana gambar atau hantaran itu telah dipadam, hal ini masih lagi menjadi tanda tanya. 

Sehingga hari ini, masih lagi belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Sharnaaz Ahmad tentang gambar pertunangannya itu.