Ini punca nyanyian sumbang The Gadys

8,102 views

Beberapa hari ini, kumpulan penyanyi wanita iaitu The Gadys mula diperkatakan orang ramai. 

Ini ekoran nyanyian mereka secara langu8sng dalam satu acara anugerah baru-baru ini. 

Nyanyian ketiga tiga penyanyi tersebut mendapat kritikan yang agak pedas dari orang ramai. 

The Gadys yang terdiri dari Aznie, Ayunie dan Thamiera, membawa beberapa lagu, dan kesemuanya gagal memikat hati orang ramai. 

Oleh kerana isu ini mendapat viral dan diperkatakan orang ramai, akhirnya kumpulan ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi.  

Melalui pihak pengurusan, The Gadys akur dengan perkara tersebut. 

Namun dalam masa yang sama, mereka tenang saja dan tak mahu panjang lagi isu berkenaan.  

Ini komen management The Gadys melalui laporan Mstar.

“Mereka bertiga tenang berdepan dengan pelbagai komen kurang baik yang telah dilemparkan.” 

“Memang mereka ada baca sedikit komen tersebut, namun memilih untuk tidak panjangkan lagi isu.”  

“The Gadys akui kesilapan dan akan berusaha untuk meningkatkan lagi mutu vokal selepas ini.” 

Jelas pihak pengurusan, The Gadys memang ada kelas vokal dan kini akan cuba lebih keras lagi.  

“Mereka ada jalani kelas vokal namun dengan apa yang terjadi, mereka akan tingkatkan lagi latihan lepas ini.” 

Selain itu, pihak pengurusan juga menjelaskan ada beberapa isu teknikal yang berlaku semasa persembahan The Gadys itu.  

Kesilapan minus one dengan key yang lebih tinggi menyebabkan nyanyian The Gagys berbeza dari latihan.

“Apa yang terjadi sebenarnya ada libatkan sedikit kesilapan teknikal. Semasa latihan, mereka berlatih menggunakan minus one berbeza, dengan gunakan key yang lebih rendah.” 

“Namun begitu, ketika persembahan live itu, pihak produksi menggunakan minus one mereka dengan key lebih tinggi.”  

“Apapun kami tak ada nak salahkan pihak produksi dan kami akui kekurangan.”  

“Sebelum ini, dalam tiga hari, The Gadys ada buat persembahan di acara lain dengan live band dan masa tu persembahan mereka lancar saja.”  

“Mungkin orang ramai boleh cari di YouTube untuk bandingkan persembahan itu dengan yang live ini.” 

Pihak pengurusan meminta agar semua pihak akan beri peluang lagi kepada The Gadys selepas ini.  

“Jangan terus mengkritik, sebaliknya berilah peluang pada The Gadys untuk baiki dan mantapkan lagi mutu nyanyian mereka.” 

Itulah kenyataan dari pihak The Gadys.