Chef terkenal tanah air, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, telah disahkan menghidap barah sel sistem imun di umur nya 65 tahun.
Jenis cancer yang telah dihidapinya ialah barah jenis linfoma atau dalam bahasa perubatan, lymphoma.
Untuk yang tak tahu, lymphoma adalah barah sel lymphocyte iaitu antara yang berfungsi sebagai sistem imun manusia, untuk melawan penyakit.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh Chef Wan semalam melalui satu hantaran di laman media sosial miliknya.
Jelas Chef Wan, doktor mengesahkan hal ini setelah ujian biopsi dilakukan sebanyak dua kali.
“Saya sedang buat pemeriksaan jantung ECG. Kemudian pada jam 3 petang, doktor datang bawa keputusan biopsy.”
“Doktor buat sebanyak dua kali untuk kepastian, dan akhirnya memberitahu keputusannya. Saya memang ada cancer lymphoma.”
Buat masa kini, Chef Wan dalam keadaan stabil, dan akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk melihat sama ada cancer ini sudah merebak atau pun tidak.
“Doktor dah jelaskan dengan terperinci langkah yang perlu saya buat untuk melawan penyakit barah ini.”
“Pertamanya saya akan jalani imbasan PET scan, untuk melihat sama ada kanser ini sudah merebak ke organ yang lain, dan ini termasuk untuk tentukan saya berada di stage mana.”
Kata Chef Wan lagi, dari apa yang diperkatakan oleh doktor, kemungkinan cancer lympoma yang dialaminya masih di peringkat awal.
Chef Wan berkata dia akan jalani chemo therapy sebanyak 13 kitaran selepas ini.
“Pada hari Isnin depan, saya akan buat ujian sumsum tulang kerana cancer limfoma juga berkait dengan organ berkenaan.”
“Saya akan buat kemoterapi sebanyak 13 kitaran selama 13 minggu.”
Chef Wan yang dilihat amat positif sempat berjenaka tentang proses chemo yang mempunyai kesan sampingan seperti rambut gugur.
“Saya akan alami keguguran rambut selepas ini. Oleh itu, saya pun dah sedia untuk menggayakan rambut palsu seperti Elvis, M Daud Kilau, Samy Velu, Liberace dan lain-lain lah.”
“Inilah yang dikatakan kehidupan, kita kena harunginya dengan positif.”
Jelas Datuk Chef Wan, dia dah beritahu keluarga, dan anaknya juga ada mengalirkan air mata mendengar berita ini.
“Anak perempuan dan menantu semua sedih setelah menerima berita ini. Namun saya kata kat mereka, jangan menangis, saya belum pergi lagi.”
“Saya sendiri kena kuat dan sihat sebab saya juga perlu menjaga ramai orang. Insyaallah, Allah akan jaga saya.”
Sama-sama kita doakan agar Datuk Chef Wan akan pulih dari cancer lymphoma ini, amin.