Naik turun mahkamah, kini Puteri Sarah Liyana bukan lagi isteri kepada Syamsul Yusof.
Pengarah terkenal ini, kini hanya mempunyai seorang saja isteri iaitu Ira Kazar.
Walaupun begitu, sehingga kini, masih lagi belum ada gambar di antara Syamsul dan Ira di laman media sosial selain gambar yang dimuatnaik oleh Syamsul Yusof di awal perkahwinannya dengan Ira dulu.
Jika melihat di laman media milik Ira Kazar, masih lagi belum pernah muatnaik foto suaminya.
Akan tetapi, ada yang mengatakan, sebenarnya Ira pernah muatnaik foto bersama Syamsul Yusof.
Hal ini dilaporkan oleh Harian Metro, yang mana Ira ada post gambar bersama suaminya setelah berpisah dengan Puteri Sarah.
Memetik laporan berkenaan, Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, hanya sempat muatnaik foto tersebut selama satu minit saja.
Kemudian Ira bertindak memadam terus foto tersebut.
Menerusi kenyataan dari sumber terdekat, Ira Kazar bertindak sedemikian setelah menerima pelbagai komen yang kurang baik.
“Selepas saja kisah yang Puteri Sarah Liyana telah menarik semula saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokan harinya, Ira ada muat naik gambar bersama Syamsul.”
“Namun begitu, hantara berkenaan hanya bertahan selama lebih kurang seminit saja, selepas tu terus dipadam.”
“Dikatakan hantaran berkenaan mendapat reaksi yang kurang baik dari warga maya. Sebab itulah dia terus padam. Tapi, ada peminat sempat melihatnya.”
Inilah gambar yang dimuatnaik oleh Ira Kazar sebelum memadamnya.
Kelihatan kedua mereka tersenyum ketika mengambil foto selfie bersama.
Untuk info, Syamsul Yusof mula mengumumkan pernikahannya dengan Ira Kazar, yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi, pada 6 Januari 2023 bertempat di selatan negara jiran, Thailand. Kazar sendiri hadir dan menjadi wali di atas perkahwinan berkenaan.