Neelofa usap perut terus nampak baby bump, peminat kata sah hamil anak kedua

7,122 views

Noor Neelofa baru-baru ini telah menyambut hari kelahiran putera sulung iaitu baby Bilal yang dah pun masuk satu tahun semalam. 

Satu majlis sederhana dibuat sempena birthday anaknya itu yang dihadiri para tetamu. Ada beberapa video telah dimuatnaik oleh para peminat Neelofa di majlis berkenaan. 

Apa yang menariknya, di majlis itu, amat jelas kelihatan baby bump Neelofa. 

Hal ini disedari oleh orang ramai setelah video tersebut dimuatnaik oleh para peminat Neelofa di media sosial. 

Dalam satu video yang diupload pengguna bernama Indigo Velvelt, Neelofa bersama Bilal dan suaminya PU Riz ada memberi ucapan ringkas sempena kelahiran pertama Bilal. 

Ada beberapa ketika, Neelofa dilihat mengusap bahagian perutnya, dan dah jelas penampakkan baby bump berkenaan.  

Dari caption pengguna berkenaan, juga telah ditulis bahawa Bilal bakal bergelar abang tak lama lagi.  

Ini tulis pengguna bernama Indigo Velvet itu: “Sudah mahu jadi abang Bilal dah, tak lama lagi. Selamat ulang tahun yang pertama buat Bilal.”  

Ini videonya. 

Menjengah di ruangan komen video tersebut, rata-rata para peminat Neelofa terus memberi ucapan tahniah kepadanya. 

Ini antara komen dari para peminat. 

“Wah comelnya Neelofa pegang dan usap perut, nampak baby bump dah tu.” 

“Syukur sangat alhamdulillah, Bilal dah nak jadi abang lepas ni.” 

Sehingga kini, Neelofa mahupun Pu Riz masih belum memberi sebarang kenyataan tentang hal ini. 

Pasangan ini diketahui jarang update tentang hal peribadi, dan seringkali saja mengambil pendekatan mengunci mulut. 

Sekiranya benar tentang hal ini, tahniah diucapkan dan semoga segala urusan Neelofa dan juga Pu Riz akan dipermudahkan untuk menimang cahaya mata mereka yang kedua ini, sudah tentu ramai peminat yang tak sabar menantinya.