Isteri cerita detik terakhir arwah Mamat Khalid “Dalam kepenatan, tak cukup tidur”

9,138 views

Malaysia telah kehilangan seorang pengarah yang berwibawa dan mempunyai fikiran di luar kotak iaitu Mamat Khalid, yang telah disahkan pergi buat selamanya awal pagi hari ini.

Di umur 58 tahun, pengarah hebat ini telah menghembuskan nafas terakhir setelah rebah di restaurant miliknya, iaitu Sarang Art Hub. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh isteri kepada arwah, Hasmah Hassan.

Menerusi satu laporan oleh Berita Harian, dikatakan Mamat Khalid mempunyai masalah jantung lantas membuatnya pengsan. Ini cerita dari isteri Mamat Khalid iaitu Hasmah Hassan tentang detik terakhir suaminya.

“Pada hari ini, di Sarang Art Hub ada persembahan dari kumpulan Pasukan Gerak Am Batalion Orang Asli. Arwah suami memang amat suka layan tetamu, oleh itu dia pun ikut malah ada buat persembahan bermain keyboard.”

“Namun, secara tiba-tiba, arwah tak sedarkan diri dan telah tergigit lidahnya sampai berdarah semasa membuat persembahan berkenaan.”

Hasmah Hassan merasakan suaminya memang tak cukup rehat apatah lagi baru balik dari Lumut kerana ada penggambaran di sana.

“Saya rasa dan percaya arwah suami dalam kepenatan dan tak cukup tidur kerana dia baru balik buat tinjauan lokasi penggambaran di Lumut.”

“Setelah rebah, arwah telah disahkan meninggal dunia ketika di dalam ambulans semasa sedang dalam perjalanan membawanya ke Hospital Slim River.”

Sebelum itu, Hasmah Hassan memberitahu, Mamat Khalid okey saja, malah tak ada tunjuk sebarang perubahan.

“Saya memang tidak menyangka arwah akan pergi sebab ketika ini keadaannya baik-baik saja. Semuanya macam hari-hari biasa. Abang Mamat sudah tiada, tapi dia pergi dengan mudah.”

Urusan pengebumian Mamat Khalid akan dilakukan hari ini di Ipoh.

“Setelah semua urusan selesai, jenazah suami akan dibawa ke Ipoh untuk pengebumian. Abang Mamat Khalid, iaitu Datuk Lat meminta agar pengebumian arwah dipercepatkan.”

Itulah kisahnya, komen dari isteri kepada arwah Mamat Khalid iaitu Hasmah Hassan. Sama-sama kita doakan buat arwah Mamat Khalid, agar tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin.