Isteri Hafidz Roshdi, Shuhada tampil buat pendedahan, memang ada orang ketiga

15,820 views

Nampaknya kisah pelakon terkenal Hafidz Roshdi belum lagi berakhir. 

Setelah ada dakwaan pelakon lelaki bermain kayu tiga dengan isterinya, nama Hafidz Roshdi mula dipetik orang ramai. 

Hafidz Roshdi telah pun tampil menjawab soalan berkenaan dan menafikan dakwaan berkenaan. 

Malahan Hafidz Rosdhi juga tampil di rancangan Melodi dan berkata semua itu tidak benar sama sekali. 

Namun kali ini, dari laporan beberapa portal seperti Ohmedia, Ohmymedia, Beautifulnara dan juga forum hiburan Cari, dikatakan isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri tampil meluahkan perasaan. 

Shuhada Shukri telah meluahkan rasa hatinya menerusi satu akaun Instagram miliknya menggunakan nama shushukriii

Pendedahan berkenaan mendakwa bahawa memang ada pihak ketiga yang cuba menyondol Hafidz Roshdi. 

Ini antara isi kandungan luahan hati dari isteri kepada Hafidz Roshdi ini. 

“Terima kasih kepada kamu, yang telah berjaya jadi wanita yang rampas ayah kepada anak-anak saya.” 

“Thanks kerana dah berjaya meruntuhkan rumah tangga saya. Terima kasih berjaya buat diri saya menderita.” 

“Sesama wanita pun sanggup nak tengok wanita lain menderita, kononnya sebab cinta.” 

“Dia akan buat kamu lagi menderita dari saya.” 

Selain itu, nama Ira Kazar juga telah dipetik yang mana katanya, wanita penyondol ini lagi hebat. 

“Ini bukan style macam Ira Kazar, ni lagi hebat, sebab kalu Ira Kazar pun dia tahu malu tak ada datang rumah.” 

“Kepada semua janganlah jadi isteri yang tak panpdai macam saya ni, bersangka baik kononnya. Saya yang salah, sebab saya ni tak pandai.” 

Jelas Nurul Shuhada menerusi akaun shushukriii, dia boleh saja nak dedahkan individu berkenaan namun memilih untuk tidak berbuat sedemikian buat masa sekarang ini.

Kita tunggu juga kenyataan balas dari Hafidz Roshdi atau isteri selepas ini. 

Hafidz Roshdi dan Shuhada Shukri berkahwin pada tahun 2016 dan sehingga kini mempunyai dua orang cahaya mata bernama Humaira dan juga Umar.