“Semuanya akan terungkap” Puteri Sarah

5,701 views

Ini merupakan update tentang kes mahkamah melibatkan isteri-isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana dan juga Ira Kazar. 

Mahkamah telah pun memberi kebenaran kepada Puteri Sarah untuk mulakan satu prosiding menghina kepada pihak mahkamah terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluargnya iaitu bapanya, Kazar dan juga kakaknya, Yasmin Kazar. 

Ketiga-tiga individu ini perlu menjawab kepada pihak mahkamah berkenaan tindakan mereka yang telah ingkar perintah injuksi kepada mereka. 

Perintah injuksi telah dikeluarkan pada bulan Julai tahun 2022, yang mana Ira Kazar dan yang berkaitan termasuk ahli keluarga, dilarang mendekati atau berada antara jarak 500 meter dari Puteri Sarah, keluarga termasuk keluarga mertua. 

Ternyata Ira Kazar telah melanggar perintah berkenaan apabila berkahwin dengan Syamsul Yusof seperti yang didedahkan pada awal tahun 2023. 

Melalui laporan Harian Metro, Puteri Sarah Liyana ditanya tentang prosiding ini dan katanya, semua akan terungkap kelak. 

“Negara kita ini ada undang-undang dan kebenaran akan terungkap juga.” 

“Tiada apa yang boleh saya beri kenyataan untuk masa sekarang ini. Cumanya hafrap semua dapat doakan yang baik saja kepada saya.” 

Puteri Sarah menambah, dia kena lakukan semua ini demi anak-anak.  

“Segala apa tindakan yang saya buat selama ini meruakan tindakan untuk melindungi anak-anak saya.”  

“Saya nak ucap jutaan terima kasih kepada pasukan peguam saya yang bertungkus-lumus membantu sekaligus dapat menjadikan saya jadi lebih kuat dan terus tabah dengan ujian ini.” 

Setelah video Syamsul Yusof membuat pengakuan sudah menjadi Ira Kazar sebagai isteri keduanya, Puteri Sarah lantas mengambil tindakan dengan membuat permohonan cerai terhadap Syamsul. 

Antara point yang diberi ialah mereka tak ada lagi persefahaman dan berlakunya perbalahan yang sudah lama dan panjang. 

Puteri Sarah juga menyatakan hidupnya terganggu dan terjejas sejak Syamsul Yusof menjalin hubungan dengan orang ketiga iaitu Ira Kazar.