Cun habis, ini 15 foto Nasha Aziz semasa muda - News Tel

Cun habis, ini 15 foto Nasha Aziz semasa muda

1,078 views

Nasha Aziz memulakan kerjayanya sebagai model seawal umur 18 tahun pada tahun 1989. 

Tiara Jacquelina merupakan individu yang bertanggung jawab memperkenalkan Nasha ketika itu. 

Kejelitaan dan bakat yang dimiliki oleh Nasha memang tak dapat dipertikaikan lagi. 

Pada umur 23 tahun, Nasha menerima tawaran berlakon drama televisyen berjudul Duit Free dan juga filem Kad Cinta. 

Namanya kemudian naik mendadak selepas muncul dalam beberapa lagi naskah, dan meneruskan legasi sebagai pelakon terkenal tanah air. 

Untuk mengimbas kembali, ini merupakan beberapa foto ketika Nasha masih muda dan baru berkecimpung dalam bidang seni. 

Nasha Aziz 15 tahun
Di awal kemunculan filem
Filem Trauma
Pada tahun 1995

Kini umur Nasha dah masuk 53 tahun, dan kejelitaan yang dimiliki masih lagi maintain saja. 

Nasha masih lagi menjadi model sehingga hari ini dan juga ada beberapa berlakon. 

Pernah beberapa kali bercinta termasuklah bertunang, jodoh masih lagi belum ditemui oleh Nasha. 

Antara kisahnya yang diketahui umum ialah pertunangan dengan Faizal Hussein pada tahun 1995. Hubungan mereka sudah terjalin sebelum Nasha bergelar pelakon lagi dan dikatakan hubungan mereka terjalin selama 12 tahun lamanya. 

Sehingga kini, Nasha masih lagi belum berkahwin. 

Pernah bercerita tentang hal ini, Nasha berkata sebab utama dia masih lagi bujang pada hari ini ialah kerana mahu menjaga ibunya. 

Kenyataan penuh Nasha Aziz tentang mengapa beliau masih belum berkahwin boleh baca DI SINI: (Punca Nasha Tak Berkahwin)

Apapun, naskah Nasha akan sentiasa diingati ramai, termasuklah filem Kad Cinta, Laila Isabella, Gerak Khas The Movie, dan banyak lagi. 

Kejayaan paling tinggi dikecapi oleh Nasha Aziz menerusi lakonan hebatnya dalam filem Trauma yang membuatkan dirinya merangkul pelakon filem wanita terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 2005. 

Latest from Hiburan


“Isteri saya cantik, lawa dari lagi Nasha Aziz tau” Datuk Rosyam Nor

10,280 views

Datuk Rosyam Nor memang seorang pelakon yang mempunyai nama besar dalam industri. 

Karyanya dalam drama dan filem memang begitu banyak dan sudah tentu, Rosyam Nor sudah banyak berganding dengan ramai pelakon wanita. 

Namun begitu, Rosyam, 57 tahun, berkata, sepanjang berlakon dia sentiasa profesional agar tidak terlibat dengan kisah cinta lokasi. 

Apatah lagi dirinya yang berstatus suami orang, apabila berkahwin pada tahun 1987.  

Memberi contoh pelakon dan model jelita yang sudah beberapa kali bergandingan iaitu Nasha Aziz, Rosyam berkata, isterinya lagi cantik dari pelakon berkenaan. 

“Saya dah berlakon dengan ramai pelakon termasuklah Nasha Aziz. Masa ganding untuk filem memang aku kenalah jatuh cinta dengan dia akan tetapi di luar set, aku hanya berkawan dengan dia.” 

“Apabila kita letak batas sebagai kawan, kita tengok dia pun tak ada rasa apa-apa.” 

“Lagipun, isteri saya memang lawa, cantik. Kamu tak kenal bini saya, lagi lawa dari Nasha Aziz.” 

Mengimbas kenangan berlakon dengan Nasha untuk filem Laila Isabela, Rosyam berkata, Nasha merupakan individu yang banyak membantu dari segi pakaian dan juga fesyen untuk menyesuaikan dirinya dengan watak dalam filem berkenaan.   

“Ketika filem itu, kami tak ada wardrobe yang dijaga. Dan Nasha merupakan orang yang banyak bantu saya.” 

“Dia suruh saya ajar dia berlakon dan pakaian pula, dia yang akan jaga dan siapkan.”  

“Nasha dikenali sebagai model, dah tentulah dia tahu pasal fesyen. Aku anak setinggan mana tahu nak bergaya sangat.” 

“Ada jenis baju yang dia suruh beli, dan dia siapkan pakaian untuk setiap babak, sebab tu penampilan dalam filem tu agak lain, filem tu jadi hit.” 

KOLEKSI FOTO ISTERI ROSYAM NOR (LIHAT SINI GAMBAR DATIN RUNIKA)

Warga maya ternyata memuji sikap Rosyam yang sentiasa menjaga hati isteri dan keluarganya. 

Ramai memberi komen Rosyam antara artis yang tak ada langsung isu melibatkan orang ketiga.  

“Pandai Dato Rosyam jaga hati isteri.” 

“Memang nampak lain dalam filem Laila Isabela, rupanya Nasha yang siapkan.”  

“Bagus Dato, memang dari dulu tak pernah ada isu pun. Sayang betul dia dengan isteri.” 

“Gandingan Rosyam dengan Nasha dulu memang ngam, serasi.” 

“Pelakon profesional yang bagus, tak ada sondol menyondol pun.” 

Untuk info, Rosyam Nor berkahwin isterinya iaitu Datin Runika Mohd Yusof di umur yang masih muda iaitu 22 tahun, pada tahun 1989. 

Go to Top