Syamsul Yusof sah ceraikan Puteri Sarah talak satu

3,385 views

Hari pasangan selebriti popular, pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof sekali lagi naik ke mahkamah. 

Namun segalanya sudah terungkai hari ini, apabila Syamsul Yusof sah telah menceraikan Puteri Sarah. 

Menerusi laporan Sinar Harian, Syamsul Yusof, 39 tahun, telah melafazkan talak satu ke atas Puteri Sarah di mahkamah sebentar tadi. 

Saya menceraikan Puteri Sarah dengan talak satu.” Itulah yang dilafazkan pengarah terkenal ini. 

Ianya dilakukan semasa satu prosiding status untuk pengesahan cerai di depan Hakim Syarie, iaitu Akmalluddin Ilyas, sekitar jam 12 setengah tengah hari tadi. 

Dari laporan, sebaik saja lafaz cerai itu diucapkan oleh Syamsul Yusof, Puteri Sarah dikatakan tak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang jelas. 

Hakim kemudian memberi arahan agar Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendafkan penceraian pasangan ini.

Puteri Sarah Liyana yang dilihat mengenakan baju kurung moden bewarna kelabu, telah failkan permohonan untuk bercerai terhadap suaminya pada 16 Januari tahun ini. 

Ini setelah berlakunya kemelut rumah tangga mereka sejak beberapa tahun yang lalu dan juga termasuklah kisah perkahwinan Syamsul Yusof dengan isteri kedua iaitu Ira Kazar di negara jiran, Thailand.  

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka mempunyai dua orang anak, iaitu anak lelaki yang sulung, Syaikhul Islam, 6 tahun, dan anak kedua, anak perempuan bernama Sumayyah, 4 tahun.