Nynaa Harizal hadir di mahkamah, failkan penceraian, nafi dilarikan secara paksa

8,356 views

Kisah antara pelakon Nynaa Harizal dan suaminya iaitu Fahmi Ilyas menjadi topic hangat sejak dua minggu yang lepas.

Suaminya iaitu Fahmi Ilyas ada buat report mengatakan isterinya dilarikan oleh family dan sejak itu dia tidak dapat hubungi Nynaa.

Akhirnya Nynaa tampil membuat di mahkamah dan mengesahkan dia telahpun failkan permohonan untuk berpisah dengan suaminya itu.

Nynaa nafi diambil secara paksa oleh keluarganya malah dia kini selamat dalam jagaan ibu bapanya sejak 2 November lalu.

Pelakon berumur 25 tahun ini telah hadir ke mahkamah untuk sebutan bagi permohonan cerai secara baik terhadapnya suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.

Nynaa Harizal telah memfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah pada tarikh 10 November lepas dan telah diserahkan kepada suaminya.

“Satu salinan saman dah pun diserahkan kepada pihak suami pada keesokan harinya iaitu pada tarikh 11 November.”

“Hari ini merupakan sebutan untuk permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suami saya tak hadir sebaliknya hanya diwakili pihak peguamnya saja.”

Nynaa berharap, dengan permohonan yang difailkan itu, suaminya dapat melepaskan dirinya secara baik.

“Sementara proses Mahkamah Syariah kini sedang berjalan dan jika ianya tak jejaskan prosiding, saya sentiasa membuka ruang dan berbincang suami dan hal ini dah dinyatakan dari satu perbualan phone pada tarikh 12 November lalu.”

“Oleh sebab isu ini amat peribadi dan sedang dalam proses mahkamah, saya tak mahu cakap dengan lebih lanjut. Ini termasuk tentang punca dan sebabnya.”

“Itu saja kenyataan dari saya dan berharap semua dapat doa agar beri kekuatan pada saya. Saya hargai semua pandangan dan nasihat diberikan orang ramai.”

Itulah perkembangan terkini kes melibatkan rumah tangga yang baru dibina oleh Nynaa Harizal dan juga Fami Ilyas.