Datuk Ustaz Kazim Elias ada muatnaik mendedahkan dirinya terkena sakit yang tidak tahu apa puncanya.
Ada sedikit luka dan ketulan kecil berwarna hitam yang mucul di tangannya.
Penceramah bebas ini berkata dan bertanya jika ada sesiapa yang tahu cara nak ubatinya silalah hubungi dirinya kerana ianya masih lagi tidak baik sehingga kini.
Ramai yang luah rasa simpati dan mendoakan agar Ustaz Kazim Elias akan kembali sembuh dan ramai juga yang memberi cadangan kepada pihak yang lebih ariff untuk rawatan.
Namun ada satu komen yang mencetuskan sedikit ketidak selesaan di kalangan netizen. Komen berkenaan ditulis oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel.
Suami kepada Wawa Zainal ini telah menulis komen yang membuatkan ramai mengatakan ianya tak sesuai dan tak patut.
Diruangan komen, Aeril menulis dan bertanya sama ada ini merupakan satu lakonan semata. Ini tulis Aeril Zafrel: “Sedang jalani penggambaran kan ni ustaz?”
Dek kerana itu, ramai yang terus membalas kepada Aeril kerana merasakan pertanyaan berkenaan tidak wajar sama sekali.
“Ini bukan untuk penggambaran. Ustaz Kazim sedang sakit. Macam-macam orang buat kat ustaz. Doakan ustaz sembuh, bukannya nak bergurau.”
“Ni ada orang buat kat ustaz,bukan tempat nak bergurau ni brother.”
“Ustaz tak ada masa nak bergurau atau nak main bab macam ni. Ada masa boleh bergurau, ada masa kena serius bro.”
“Tak lawak bro. Tak kan lah ustaz Kazim Elias nak main-main benda macam ini.”
Setelah ramai yang kurang senang dengan pertanyaan serta komen Aeril Zafrel, pelakon ini membalas kembali.
Ini tulis Aeril Zafrel: “Saya hanya bertanya saja. Sebabnya skarang ini ustaz memang tengah jalani penggambaran dengan Mawi.”
Dikatakan Ustaz Kazim sedang menjalani penggambaran filem arahan Mawi berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Namun dari satu entry, apa yang dilalui oleh Ustaz Kazim Elias ini benar terjadi bukannya main-main.