“Jangan kaitkan lagi Ustaz Wadi dengan saya” Janna Nick akui silap jemput Ustaz Wadi

10,856 views

Saya minta maaf itu adalah ke alpaan saya” Itulah antara ayat yang terkeluar dari mulut pelakon Janna Nick ekoran kisah yang melanda Ustaz Wadi Annuar. 

Isu Ustaz Wadi Annuar timbul setelah ramai mempertikaikan kehadiran penceramah berkenaan ke majlis perkahwinan Janna Nick dan Dini pada minggu lalu. 

Ramai yang berkata, majlis berkenaan tak sesuai dihadiri Ustaz Wadi. 

Menerusi satu tembual Mstar, Janna Nick berkata dia dah pun meminta maaf kepada Ustaz Wadi Annuar ekoran namanya tercalar ekoran jemputan perkahwinannya. 

Tak sangka niatnya mahu menjemput Ustaz Wadi Annuar untuk membaca doa di majlis berkenaan telah timbulak rasa kurang senang warga maya.  

“Saya jemput ustaz ke majlis sebab pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat. Malam itu juga Ustaz Wadi Annuar ada sampaikan ceramah.” 

“Sebab itu saya jemput Ustaz Wadi ke majlis perkahwinan saya.”  

“Memang saya pun tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput tu kena wajib datang. Saya minta maaf, saya sedar itu merupakan silap dan kealpaan saya, yang mana majlis itu tak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.” 

Janna Nick juga berkata dia amat hormati Ustaz Wadi serta dah pun memohon maaf kepada Ustaz Wadi di atas perkara berkenaan. 

“Sebagai orang yang lkurang ilmu ni, saya amat hormati para ustaz, para ilmuan dan ulamak.”  

“Nak kaitkan nama saya ni dengan Ustaz Wadi memang jauh beza. Saya rasakan diri ni teramat hina untuk panjangkan lagi hal ini.” 

“Permohonan maaf secara peribadi dah pun saya buat kepada Ustaz Wadi saya harap semua pihak dapat hentikan dan kaitkan isu Ustaz Wadi ni dengan saya.” 

Itulah kenyataan dari Janna Nick tentang isu melibatkan Ustaz Wadi Annuar baru-baru ini.