“Wah Shuib speaking” Ramai puji Shuib Sepahtu lancar bercakap English

74,891 views

Kalau anda suka content dari TikTok yang tegar, dah tentu pernah melihat content bertanya “Awak kerja apa, what do you do for a living”. 

Akaun Tiktok bernama Koocester antara yang paling terkenal di Malaysia dan juga di Singapore, berkaitan content seperti ini. 

Baru-baru ini, Koocester telah terjumpa Shuib Sepahtu dan menemubualnya. 

Ini caption dari Koocester: “Mungkin antara ornag paling famous yang sama pernah jumpa, rahsia kejayaannya, jangan mudah berputus asa, Shuib Sepahtu.” 

Koocester yang berasal dari Singapore bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris dan Shuib menjawab terus saja menjawab soalan berkenaan. 

Yang menarik perhatian ialah cara Shuib berkomunikasi menggunakan English yang mana rata-rata wargamaya memujinya. 

Mereka mengatakan Shuib ternyata dah improve banyak untuk berbahasa dan berbicara dalam English. 

What do you do for a living.” tanya Koocester. 

Ini yang dijawab Shuib. “I am a businessman. And I am an artiste also.” 

Koocester kemudian bertanya lagi: “What one advice to before starting a business.” 

Shuib menjawab: “Cannot give up. Just do it until it happens, make it happens.” 

Selepas itu ditanya pula apa nasihat untuk menjadi seorang selebriti atau artis. 

Ini yang dijawab oleh Shuib: “Also never give up, because I have 8th time audition, 18 years ago.” 

Shuib juga bercerita tentang kejayaannya dalam bidang seni. 

“I win three times in a competition dan I won three awards for most heat program in Astro for 3 years in a row.” 

Koocester bertanya juga tentang perniagaannya: “What’s your business?” 

“Bubblebee, the yellow one. I am the founder.” 

Ini video temubual Shuib Sepahtu dengan Koocester itu. 

@koocester Probably the most FAMOUS person I have ever met? Secret to his success: Never give up! @Shuib Sepahtu @BubbleBee ♬ original sound – Koocester

Ramai yang memberi komen memuji kelancaran Shuib berbicara dalam Bahasa Inggeris. Ini antara komen yang ditulis warga maya. 

“Fuh makin hebat Shuib. Dia memang improve diri dia, even english dia belum perfect tapi way better than before. Terbaik.” 

“Wah English dia okey, lancar dan boleh paham, good.” 

“Makin fluent bro, memang respect from zero to hero.” 

“He speaks better English then some of them, out there.” 

“Soeb sepaking, good job.” 

Shuib Sepahtu merupakan pelawak yang lahir dari program Raja Lawak bersama Jep dan Mamat membentuk kumpulan Sepahtu. 

Kini Shuib Sepahtu melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan melalui perniagaan air, ais krim iaitu Bubble Bee.