Janna Nick dan Dini Schatzmann dah hantar borang nikah, majlis 10 Jun ini?

2,001 views

Semua tahu tentang hubungan antara selebriti terkenal tanah air iaitu pelakon Janna Nick, 28 tahun, dan juga pelakon kacukkan, Dini Schatzmann, 29 tahun. 

Sudah lama menjalin hubungan sejak tahun 2019, kedua pelakon ini membuat kejutan apabila mengumumkan hubungan mereka berakhir pada hujung tahun 2022. 

Namun begitu, mereka kembali dilihat bersama pada tahun 2023.  

Malah sebelum hari raya, Dini Schatzmann sendiri ada berkata akan umumkan sesuatu yang istimewa lepas raya tahun ini. 

Dari laporan portal Kosmo, dari sumber yang terdekat, dilaporkan bahawa Dini Schatzmann dan Janna Nick bakal akhiri zaman solo mereka tak lama lagi. 

Dikatakan, mereka berdua akan disatukan dan bernikah pada 10 Jun tahun ini. 

Dini Schatzmann dan Janna Nick telah pun buat persediaan dan menempah sebuah resort mewah di Pantai Cenang Langkawi sebagai lokasi majlis mereka itu nanti.  

Dari sumber berkenaan juga memberitahu, Janna Nick telah pun datang ke Pejabat Agama Daerah Langkawi untuk submit dan menghantar borang pernikahan mereka. 

Namun begitu, majlis pernikahan itu dikatakan adalah eksklusif dan tertutup hanya untuk keluarga serta individu yang terdekat saja. 

Sehingga kini, Dini dan juga Janna masih lagi belum membuat sebarang kenyataan berkenaan majlis mereka ini. 

Dari laporan Kosmo, pihak wartawan ada cuba menghubungi mereka namun tidak dijawab. 

Diimbas kembali, pada bulan Februari dan Mac yang lalu, kedua mereka berkata akan memberi kenyataan tentang status hubungan mereka kelak. 

Ini kenyataan dari Dini. 

“Saya tak dapat nak beri kenyataan sekarang ini. Tetapi saya dan Janna akan beritau satu berita besar kepada semua dalam masa terdekat.” 

“Hubungan saya dengan Janna baik. Kami sentiasa ada untuk satu sama lain.” 

“Apapun, saya fikir semua hal perlukan masa dan perancangan sebelum membuahkan hasil, apatah lagi hal tentang kehidupan peribadi kita.” 

“Perkara ini akan diumumkan kepada semua tidak lama lagi. Ada beberapa benda masih dilaksanakan dan sekarang tak sesuai untuk diceritakan.” 

Kita tunggu sajalah pengumuman khas dari Janna Nick dan juga Dini Schatzmann tak lama lagi.