“Tok Wan badan panas, berbulu yang pandu” Kata budak 6 tahun pandu Vios

3,715 views

Semua pihak masih tertanya-tanya bagaimana seorang budak baru berumur 6 tahun dah mampu memandu kereta, bukan dekat tetapi sehingga lebih dua kilometer jauhnya. 

Itulah yang menjadi persoalan tentang kisah budak 6 tahun memandu kereta jenis Vios. 

Budak 6 tahun itu turut membawa adiknya yang berumur 3 tahun di dalam kereta itu. 

Sejak semalam, telah timbul pula satu lagi cerita yang mana ada satu video menunjukkan perbualan antara budak berkenaan dengan seorang wanita yang bertanya tentang kejadian itu. 

Perbualan berbentuk audio itu dimuatnaik oleh seorang pengguna laman media sosial iaitu @daichidontcare. 

Dari caption dikatakan, ada individu lain yang bawa kereta, sehingga menjadi kes misteri.

“Dapat perkhabaran daripada orang kampung yang rapat dengan ibu kepada budak yang bawa kereta tu. Yang pandu kereta berkenaan merupakan orang tua berbadan besar, hitam dan berbulu dan budak itu duduk di pangku ribanya.” 

“Pakcik duduk di sebelah dan kemudian ada seorang lagi yang duduk di bahagian belakang. Pakcik tua itulah yang ajar memandu kereta. Lepas tu ajak pergi kedai tok. Aduh seram juga.” 

Ini video penuh perbualan antara budak 6 tahun berkenaan. 

Budak berkenaan memberi gambaran individu yang membawa kereta itu diberi nama Tok Wan, yang merupakan seorang yang tak kacak, berbadan panas dan berbulu. 

Dari video memang banyak persoalan yang timbul, antaranya ialah bagaimana budak 6 tahun boleh pandai reverse kereta dengan jayanya, selain mampu tekan handbrake dan mampu memandu sejauh 2 kilometer sebelum terbabas. 

Diimbas kembali, kejadian ini terjadi kira-kira jam 11 malam lebih hari Selasa yang lalu di Langkawi Kedah. 

Kereta Vios milik bapa budak berkenaan, dipandu sejauh kira-kira 2 kilometer oleh budak 6 tahun tersebut dari rumahnya dari arah Ulu Melaka ke Nyior Chabang namun telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang.