Janna Nick sah bernikah, kini isteri Dini Schatzmann

3,268 views

Hari ini tamatlah teka teki tentang pasangan selebriti bernama Janna Nick dan juga Dini Schatzmann. 

Pasangan ini telah pun sah bergelar sebagai pasangan suami isteri pada hari ini, ye betul, Janna Nick kahwini Dini Schatzmann hari ini.

Majlis pernikahan telah berlangsung hari ini setelah mula disiarkan oleh portal hiburan terkenal, Gempak. 

Dari laporan, majlis pernikahan antara Janna Nick dan Dini Schatzmann ini akan disiarkan secara eksklusif oleh Astro Ria tak lama lagi. 

Ini komen dari Astro Gempak. 

“Cinta dah pun bersatu, secara eksklusif, pihak Gempak siarkan sikit foto di majlis pernikahan di antara Janna Nick dan juga Dini Schatzmann. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Janna dan juga Dini.”  

“Majlis pernikahan Janna dan Dini akan disiarkan di Astro Ria melalui rancangan Walimatulurus.” 

Dari info, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri setelah Dini Schatzmann melafazkan akad dengan sekali lafaz saja pada jam 8.35 pagi. Majlis diadakan di Masjid Aisyah, Pulau Langkawi, Kedah.  

Dini Schatzmann, 28 tahun, dilihat tenang ketika majlis sebelum dinikahkan oleh Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya, yang telah berwalikan bapa kepada pelakon itu.  

“Aku terima nikah Nurul Jannah Muner dengan mas kahwin RM2203.” Itulah yang dilafazkan oleh Dini Schatzmann. 

Dari laporan, mas kahwin dengan nilai RM2203 itu satu simbolik sebagai tarikh mereka berdua mula berkenalan iaitu pada 27 Mac tahun 2019. 

Mereka berkenalan setelah berlakon bersama dalam satu drama bersiri ketika itu. 

Selain mas kahwin, Dini Schatzmann juga memberi seutas rantai emas. 

Kedua pasangan ini dilihat cantik dan kemas serta mengenakan busana kahwin berwarna putih, begitu juga dengan tetamu yang hadir, tema yang diguna ialah warna putih.

Majlis berlangsung dengan meriah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat termasuklah beberapa selebriti yang hadir. 

Antara yang kelihatan ialah Nora Danish, Izzue Islam, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, dan juga Mawar Rashid. 

Lagi banyak foto majlis nikah Janna Nick dan Dini lihat di (SINI)

Tahniah buat Janna Nick dan juga Dini Schatzmann, selamat pengantin baru diucapkan.