Update: Pemain bola sepak ditahan polis kerana ‘belasah’ kekasih, ini kenyataan polis

2,107 views

Semalam satu pendedahan dari seorang doktor bernama Dr Hana Rose telah menjadi bualan ramai. 

Dr Hana Rose mendakwa bahawa dirinya telah alami kecederaan akibat dibelasah oleh kekasihnya yang merupakan seorang pemain bola sepak terkenal. 

Pemain bola sepak itu merupakan bekas pemain kebangsaan dan kini bermain untuk pasukan Sabah di Liga Super. 

Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa pemain bola sepak berkenaan telah pun di tahan di sebuah hotel di Petaling Jaya. 

Ketua Polis Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan hal berkenaan. 

Polis mengesahkan bahawa, Dr Hana Rose telah membuat satu laporan polis sekitar jam 6 petang. 

Salah faham telah berlaku antara Dr Hana Rose dan pemain bola sepak itu, sehingga mendatangkan kecederaan kepada doktor terbabit. 

“Berlaku perselisihan faham di antara wanita itu dan juga teman lelakinya menyebabkan kecederaan di bahagian badan wanita berkenaan.”  

“Telefon bimbit milik wanita berkenaan juga telah dirosakkan oleh lelaki berkenaan.”  

“Hasil dari maklumat serta risikan yang dijalankan, polis telah berjaya menahan lelaki berkenaan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sekitar Petaling Jaya untuk membantu siasatan.” 

Namun begitu, pemain bola sepak itu kini telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis sementara menunggu kertas siasatan. 

Dr Hana Rose mendedahkan perbuatan kekasihnya itu menerusi beberpaa hantaran di laman media sosial miliknya. 

Selepas pergelutan terjadi, Hana Rose telah alami kecederaan dan mendapatkan rawatan di klinik swasta. 

Badannya alami lebam serta ada beberapa kesan calar. 

Jelas wanita ini, hal ini telah beberapa kali terjadi.  

Bukan itu saja, Dr Hana Rose juga mendedahkan bahawa bukan dirinya saja, malah sebelum ini pemain bola sepak itu pernah berbuat sedemikian kepada wanita lain juga.