“Terpaling bahagia, maksimum” Ucapan Janna Nick setelah bergelar isteri, sedia timang anak

8,175 views

Hari ini telah berlansung majlis pernikahan antara pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann di Masjid Aisyah, Langkawi. 

Selepas selemat bernikah, Janna Nick dan Dini Schatzmann akan hadir di majlis resepsi mereka di sebuah pusat peranginan di pulau ini juga.   

Melalui satu ucapan, Janna Nick bersyukur kini semuanya telah selamat dan majlis pernikahannya dengan Dini Schatzmann berjalan dengan lancar. 

Janna Nick, 28 tahun, dah bersedia untuk melalui fasa baru dalam hidupnya sebagai seorang isteri,   

“Syukur sangat, alhamdulillah, saya dapat rasa sebagai seorang yang terpaling bahagia, maksimum hari ini.” 

“Amat lega juga, kerana majlis pernikahan ini dah pun selesai dan semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Maka bermulalah perjalanan yang baru buat kami sebagai pasangan suami isteri.” 

Janna Nick menambah, dia dan suami memang merancang untuk membuat satu majlis nikah yang privasi saja, kerana itu lebih bermakna. 

“Kami berdua memang rancang agar perkahwinan kami ini sesuatu yang bersifat peribadi dan privasi. Ianya lebih bermakna untuk family kami.” 

“Majlis nikah ini sekali dalam hidup kami. Oleh itu, kami mahu majlis ini satu memori yang indah untuk kami berdua.” 

“Saya mahukan majlis ini untuk diri saya sebagai Nurul Jannah dan meraikan bersama family tercinta dan kawan-kawan dekat saya.” 

Sudah bergelar isteri, Janna akui masih lagi gugup dan ada perasaan gementar kerana ianya satu perubahan yang amat besar.   

“Ini merupakan satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun umur saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan dengan izinya, akan jadi seorang ibu.”  

Tentang kerjayanya dan juga soal zuriat, Janna Nick dah memikirkannya dan serahkan segalanya kepada ketentuan Allah, yang Maha Esa.  

“Kami berdua hanya serahkan hal kepada Allah. Jika ada rezekinya awal, syukur. Kami terbuka dan dah pun bersedia.” 

“Kalau rezeki zuriat dah tiba, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada family dulu.” 

Selepas majlis selesai, Janna Nick dan Dini Schatzmann akan berbulan madu ke Koh Lipe, Thailand. 

Ini gambar sekitar majlis pernikahan antara Dini Schatzmann dan Janna Nick.

Tahniah sekali diucapkan buat Janna Nick dan Dini Schatzmann, semoga bahagia selalu.