“Memang saya dan Datin sedih, Sarah tetap menantu kesayangan kami” Yusof Haslam

3,421 views

Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam dan isterinya Datin Patimah Ismail akui bersedih di atas keputusan anaknya Syamsul Yusof yang dah pun setuju untuk melafazkan talak ke atas menantu mereka Puteri Sarah pada minggu depan. 

Walaupun begitu, Yusof Haslam dan isteri pasrah serta redha di atas keputusan berkenaan. 

Mereka berdua akur anak dan menantu membuat keputusan berkenaan.  

Melalui laporan Harian Metro, Yusof Haslam berkata dia dan isteri berdoa supaya krisis Syamsul dan Sarah akan tamat dan berdamai demi anak-anak.  

“Sungguhpun kami bersedih, Sarah sendiri ada alasan yang kuat dan dia akan sentiasa dan tetap jadi menantu kesayangan kami.”  

“Kepada Syamsul, janganlah melupakan tanggungjawab kepada anak-anaknya.” 

Kata Yusof Haslam lagi, dia harapkan hubungan Syamsil dan Puteri Sarah akan tetap baik selepas ini walaupun sudah menajdi bekas isteri kepada Syamsul pada minggu depan.  

“Apabila dah jadi bekas isteri, kami berharap hubungan di antara mereka takkan terus keruh. Semoga mereka akan berdamai dan jalin silaturahim sebabnya kita tak tahu apa yang terjadi di masa depan.” 

“Semuanya kami serah kepada Illahi. Apa yang penting biarlah segala isu antara mereka berakhir.”  

“Jikalau hubungan keruh nanti jadi tak sihat, janganlah ada sebarang permusuhan pun.” 

Yusof Haslam serahkan segala urusan lafaz berkenaan kepada Syamsul dan Sarah dan dia serta isteri tak akan hadir ke mahkamah.  

“Itu merupakan keputusan yang terbaik mereka buat, jadinya kami hormat. Kami pun tak mahu pilih kasih dan biarlah kami ada di tengah-tengah saja.”  

“Yang penting semoga keputusan itu tak jejaskan hubungan mereka dengan anak-anak.” 

Itulah kenyataan dari Datuk Yusof Haslam di atas keputusan anaknya Syamsul Yusof yang akan mengakhiri perkahwinan dengan Puteri Sarah melalui satu prosiding yang akan berlangsung pada 18 April depan.