Jasmin Hamid masih guna kereta Wira, memang ramai pandang rendah

24,234 views

Pelakon lama, Jasmin Hamid mendedahankan bahawa dirinya masih menggunakan kereta lamanya iaitu kereta jenis Proton Wira, walaupun sudah sekian lama bergelar pelakon. 

Jasmin, 51 tahun telah muatnaik foto kereta Wiranya itu yang berwarna merah di media sosial miliknya semalam. 

Kata Jasmin, kereta itu sememangnya amat disayanginya malah sudah memberikan nama kepadanya. 

Nama kereta Wira Jasmin Hamid ini ialah Bobob. 

Jelasnya lagi, semasa adanya PKP, kereta Wira berkenaan dah lama tak bergerak.  

“Syukur sangat, alhamdulillah ini kereta felari saya, kini dah pun bangun. Dia bawa saya pergi makan cendol selepas dia ditidurkan kerana ada PKP. Nama dia Bobob.” 

Jasmin memberitahu, sepanjang dia membawa kereta berkenaan, memang ada yang memandang rendah terhadap dirinya.  

“Apabila saya naik Bobob, memang ada segelintir manusia yang pandang senget pada saya.”  

“Takkan artis pakai kereta wira lama saja? Dah jatuh miskin ke? Itu antara cakap yang saya dengar. Kadangkala saya buat tak dengar saja.”  

“Mengapa agaknya eh, memang tak boleh ke guna kereta wira lama. Sebab kereta ni buruk ke.” 

“Saya guna kereta ni okay saja, tetapi yang awak pula dah alahan tu kenapa.” 

Jasmin Hamid menambah, jika ada yang cakap tak baik tentang keretanya itu, mungkin selepas ini boleh menghadiahkannya kereta baru.   

“Kepada mereka yang banyak cakap tu, mereka nak belikan kereta baru untuk saya ke. Kalau tak nak, lebih baik tutup mulut rapat-rapat.” 

Bagi Jasmin Hamid, dia sayang keretanya itu dan bahagia memiliki kenderaan berkenaan. 

“Biarlah saya bahagia dengan cara saya. Bahagia dengan kehidupan saya. Kereta ni ada sentimental value pada saya. Tepi sikit kereta saya nak lalu ni.” 

Dari foto, Jasmin Hamid muatnaik foto suaminya, iaitu Nazmir, sedang memandu kereta wira berwarna merah itu.